Followers

27 August, 2009

Ammar Turn's 3 Month Today



Today, ammar dah 3 bulan. Dan arini jugak dia boleh dikatakan mengamuk bila dikejutkan nak ke rumah pengasuh. Nasib aku ada kursus 3 ari ni, so bole masok sukati aku je (ni aku la...jgn jdkan contoh ye). Ntah apsal dia ngamok gile pagi tadi...masok buai dia tido...then dh setengah jam, bile aku jengah gupenya mata dia dh celik...so aku angkat then terus ke umah pengasuh. Sampai depan pintu umah, dia melalak la skit2. So aku pun terus g opis. Ater dah pukul 9 lebih, pengasuh call aku bgtau ammar nangis xbenti2 dr aku anta tadi...ahh sudah. Aku memang dh pk nk balik je time tu..lantaklah ngn kusus tu kan. So, aku call la mypie soh dia amik ammar...bile dh dpt call dr mypie, aku diberitahu dia ammar mengamuk sb nk tido dlm buai!....mypie masokkan aje dia dlm buai...hah teruslah dia lena beradu...adoiiyaiii slalu xde pun mcm tu. Arini plak manja terlebih. Baru aku ingt, arini dia dh 3 bln so bijak nya tu dah lebih la jugak. Ape pun, aku sentiasa doakan semoga ank2 aku dilindungi allah,dipanjangkan usia, di jauhkan dari segala malapetaka buruk dan jauhi dr penyakit yg merbahaya.
Madihah n Ammar always in my heart....

21 August, 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi.
Selamat berpuasa semua.
Semoga sepanjang ramadhan ini Allah akan memberkati segala amalan kita.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Makanya, Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

19 August, 2009

Happy Besday Abah

myabah

19 Ogos 1938....tarikh lahir abah aku. Kini usianya genap 71 tahun. Kalau perbualan antara aku dengan kakak2, kiteorang lebih mesra mengelarkan abah dengan panggilan ayahanda. Disebalik wajah seriusnya itu, terpamer kelembutan dan sentuhan yang kadang2 aku dan kakak2 yang lain xberani ingkar segala kate2nya. Aku amat jarang skali becerita tentang abah dalam blog aku ni. Hari ni, sempena hari istimewanya aku nk mencoretkan serba sedikit tentang abah. Bagi aku, abah sangat memahami anak2nya. Abah merupakan orang yang terbaik untuk aku meluahkan segala perasaan aku. Dikala aku sedih, dikala aku punyai masalah yang terlalu kusut untuk diselesaikan, pada abah jugaklah tempat aku mengadu nasib, menangis, meratap hiba. Dan bila aku tnya 'bah nape sume ni jadi pd kite'...dia akan jawab 'benda dh jadi, xelok ungkit lagi...bnyk2lah bersabau'....Abah tu nampak aje diam, tapi skali dia brcakap...segala ape yang dikatakannya tu punyai maksud yang tersirat dan tersurat. Kadang2 aku ckp ngn kakak aku, kalau mak yang kate jangan pegi...aku pegi jugak...tapi kalau abah kate jangan pegi...memang aku xberani nk pegi. Sebab apa yang di larang abah, ada sesuatu yang bisa mnyebabkan aku sesal. Bukan abah tuhan yang punyai kuasa menentukan sesuatu kejadian, tetapi kata2nya tu ada baik, buruknya. Dan baru2 ni bila aku menyuarakan hasrat hati aku nk mengambik mardihah...satu je yang buat aku berpikir panjang dan sekaligus xsampai hati nk meneruskannya 'kalau kau amik jugak mardihah, xtaulah ape akn jadi pada aku'...aku xtau ape akan jadi jika suatu hari nanti abah xde disisi kami. Setiap doaku, aku harap tuhan tidak mengambil lagi nyawa abah...kerna masih banyak perkara yang aku xdapat lakukan untuk dia. Terutama skali untuk buat dia senyum dan berasa tenang melihat perjalanan hidup aku. Walau aku sembunyi duka dan sedih diri aku ni, namun abah bole baca pada raut wajah aku. Sampaikan aku ckp ngn kak ngah, agknya muka ni memang nampak muka susah aje. Hari ni, esok, lusa dan sehingga akhirnya aku harap abah masih lagi menjadi idola hatiku. Yang boleh aku menumpang kasih sayang yang terhingga nilainya.

................................. Dah lah, aku seperti xbole meneruskan lagi cerita tentang abah disini. Sekarang pun, dh berjurai2 air mata aku mngalir...cuma yang aku harapkan, semoga hari2 yang mendatang aku masih dapat menatap wajah abah, menceriakan hari2nya, kerna masih ada banyak lagi yang belom dapat aku balas segala jasa2nya pada aku. Untuk abah, aku doakan semoga tuhan panjangkan umurnya, sihatkan tubuh badanya, peroleh rezeki yang melimpah ruah, dan bahagia menjalani kehidupan seharian bersama mak, anak2 dan cucu2.

14 August, 2009

Alkisahnya

It's friday already...xsabonya nk balik kampung. Rindunya kt mardihah....ammar pun rindu kt kakak dihah. Smlm, masa aku bukak video kakaknya tengah buaikan dia...mncarik2 dia suara kakaknya tu. Lunch ni nk ke almanda dulu, beli puting botol susu dihah. madihah jugak yang xbnyak kisah. Dari kecik smpai beso tetap setia ngan puting NUK nya. Dan still guna susu ANMUM. Untuk ammar, setelah membeli botol n puting susu avent, dia tetap gak xmau isap susu. Dan keesokkannya, atas cadangan sahabatku ekin, aku pegi ke almnda lagi skali untuk beli puting pigeon plak. Untuk memilih 1 puting, makan masa hampir setengah jam aku kt site pigeon aje...amik, belek2, tengok hrga, letak..amik yang lain, belek2 dan mcm tulah smpai la puas ati. Dan kali tu aku nekad la sangat...arap2 ammar naklah guna puting ni...klau dia xnk, aku dh segase nk buat smyang hajat supaya dia nk isap susu guna botol. Mane mungkin kau sbg ibu snggup tengok susu yang kau bekalkan kt pengasuh 5 botol sedangkan dia hanya isap 1 botol stgh aje...lagi baki 3 setengah rotate untuk esoknya plak. Bayangkan 8jam dia tahan tekak xnk nyusu guna puting botol. Itu perkara yang sangat merisokan aku. Tambahan plak batuknya masih ada skali skala. Lagi la merimaskan dia. Untuk skang, aku xdelah risau sgt...smlm aku bekalkan 4 stok susu yang setiap satunya 4 oz...tgl la sebotol aje untuk aku bwk balik. Syukur alhmdulillah.

11 August, 2009

Sang Kekasih

Bukan suka bergmbo budak ni...tp aku paksa gak..huhu

Mak aji mane ni...kihkih

Mata kearah jalan je...tunggu ayahnya



Nak citer psl anak dara aku yang sorang ni. Sejak dah ada adik ni, dia lebih rapat pada ayahnya. Bukan dengan aku xrapat...pasal dengan ayahnya dia dapat g mane2...dapat beli itu ini...peberet dia eskrem la manjang kan. Dengan aku dh ada ammar ni mcm mane nk bwk kete...nk bwk dia g kedai...nk belikan peberet2 dia tu...maka dengan itu, setiap kali ayahnya kluau g mane2 xbawak dia...dia menanya la aku 'ayah mane?'....kadang2 puas gak aku nk nipu dia...tp dia lebih bijak dari kite....siap dia tengok kete ada ke x...tgk dalam bilik...cari kt dapo....bile betol2 xde dia bntai la melalak...dan kadang2 aku call le ayah dia soh pusing balik bwk dia kluau. Baru2 ni...dia xdpt ikot ayahnya..puas dia menanye aku soklan yg sama berkali2...ayah mane...ayah mane...adoiiyaiii tu yg buat aku kalah dengan nada dia yg lemah longlai tu...siap termemek2...nk melalak. Last2 aku pakaikan dia tudung..jek2 la skit...cantik madihah pakai tudung...adik ammar xcantik. Tektik tu brjalan ok...tp xdelah lama sgt...psl dia ingt gak kt ayahnya...bile ayahnya dh balik....dialah org pertama yg g mengejo siap melonjak2...mcm2 gelagat ank2 ni kan...yang ammar ni xtaulah mcm mane plak nanti...

10 August, 2009

Entry Ke 100


Gile terhegeh2 aku kan...orang lain dh berkoyan entrinya...aku baru je nak post yang ke 100. Actually bagi mereka2 yang mengikuti blog aku yang terdahulu mychentahati.blogspot sure tau ape kesebabnya aku tuko link baru ni. Ikutkan, entri2 kat blog aku yang terdahulu gasenya dh jejak ke 500+ entri...maklumlah, dah dekat 2 tahun blog tu dibina...ape kan daya, bukan nasib aku atau bukan rezeki aku untuk mengabadikan lagi kisah2 aku disitu...maka, untuk tidak merindukan gian berblog....aku amik alih blog mypie ni. Bukan xnk buat yang baru...tapi masa tu aku kan cam ala2 merajuk skit. But now, aku cuba bukak balik blog yang dulu, jwpannya still sama....dan aku jugak dh create blog baru...blog luahan ati aku sndiri kt situ...aku privatekan lagi...tunggulah masa yang sesuai atau aku gase cukuplah aku saje yang menaip...membaca...dan xjemu2 membaca segala luahan ati aku sndiri kt situ. Kadang2 ada perkara yang xperlu kite kongsikan walaupun dengan orang yang kite sayang. Dan kalau boleh, biarlah kisah itu menjadi kisah aku aje seumo hidop ini. Dan kalau boleh jugak, janganlah perkara2 yang menyakitkan, mnyedihkan, mngecewakan hati dan perasaan aku berlaku lagi dalam hidop ini. Dengan adanya anak2, aku gase lepas ni xperlulah aku nk menoleh kebelakang lg jika terjadi lagi perkara yang lalu. Ini JANJI AKU. Namun, segala yang berlaku untuk kehidupan yang lalu dan akan datang, telahpun direncanakan oleh Allah s.w.t....kenalah redha dgn qada dan qadar dari Allah. Xpelah, lain2 kali aku update lagi kisah blog yang lagi satu tu. Buat masa skang...blog aku adalah yang ini. Terima kasih pada blogger2 baru yang jadi follower n jd silent reader untuk blog aku yang xseberapa ni.

Untuk yang kesekian kalinya....aku umumkan entri aku yang ke 100 ni....(gilo kuasa ke ape???....huhuhu)

08 August, 2009

Santai Nan Indah

....Sampaikan aku guna picagari nk bg dia nyusu...
bile dia dh xnk puting botol...puting aku pun dia seakan merajuk.
Dah haus...aku gunalah inisiatif ni.


Hujung minggu yg spt dikuarantin ni, aku dan anak2 xkemana2 pn. Cadang dihati nk masak spagetti harini. Pagi td aku g paso, malangnya cili benggala xde sebiji pun. Putus harapan. Nak pg pasaraya, bapak lak jauhnya kn. Makanya, kenalah post pond nk bt spagetti today. Aku try esok plak. Ammar batuknya dah ok skit. Cuma yg merisokan aku skang, dia xnk isap susu guna botol. Haus mcm mane pn, dia isap skit then dia nk puting isap tu je. Puas dah aku, mak n kakak train dia. Risolah aku nk tgalkn dia kt umah org nanti. Skang aku dah xhantar ammar ke nurseri. Mcm xsesuai je aku tgk, maka aku anta ammar ke rumah pengasuh dkt umah aku tu jgk. Harap2 sumenya ok. Aku nk tangani masalah ammar nk isap susu botol ni cmnerlah agknya. Aku nk bkeje, xkn selama 8jam aku kt opis dia hnya isap botol 2,3 oz je. B'mcm2 jenis puting dah aku tukarkn. Dr yg murah,smpi ke mahal. Ater yg dia nk, ibunya puting gak. Lagu mane mak nk buat dek non oii. Naik mleleh air mata ni tgk dia xnk nyusu. Wat kate mypie, kuruslah ammar cmni. masa dalam pantang, boleh aje dia nyusu guna botol, sejak aku nk naik keje aritu dia dah xnk isap botol. Kawan2 sekalian, kalau ada tips,info atau ape2 cara dgn permasalahan aku ni post lah komen kt entry ni k.

07 August, 2009

07.08.09

Best ek tarikh arini. Klau di kira dgn waktu lg best. 04jam 05mnt 06 saat, 07.08.09. Xkan jmp lg dalam seumo hidop. Harini aku cuti,bwk ammar ke klinik. Batuknya xilang2 lg. kt klinik td, dktor sedut kahaknya. Aku dah duk jauh dah, xsmpi ati nk tgk. Mau mlm kang aku xbole tido t'kenang2. Dengan mcm2 pnyakit skang ni, aku tsgtla risau. Madihah pn aku dah larang dia klua jalan2. Biar dia menangis,jgn aku yg menangis sedihkn dia. Sama2lah kite bdoa pd Allah semoga pnyakit/wabak ini segera berakhir.

*tahniah pd sis ida@lakaranhati krn dah selamat melahirkn bby boy pkl 11.20am pd tarikh yg best ni.ammar dah ada geng nmpknya.

05 August, 2009

Kit kat

Today aku cuti seari. Saje nk bwkkan kakak aku shopping.smlm dah pg mines,hajat xksmpaian la plak. Mgkin mlm ni kot teroskn agenda tu.nanti aku update kt sini. Happy je aku gase sb dihah ada kt sini.

03 August, 2009

Besday MyLittle Gurl 2 Years Old


Kek Besday- atok yg sponsor
Sangat Suka dia tiup lilin tu

Aku pun nk enterprem gak...huhu

Nak bg ibu dia kek...tapi xleh mkn arr that time

Sblm majlis mula..memasing kemen pakai topeng bagai


Dah lama citer nye ni...dh basi kebabo pun...tp aku nk citer gak....besday mylittle gurl yang ke 2 tahun ni buat masa aku dalam pantang lagi...lepas ammar sihat dr kena jaundis. Dan sekaligus smbut besday aku ngn alang yang jatuh pd tarikh yang sama. Tu yang pakai topi bebagai tu...huhu..walaupun tika itu aku agak sedih (skit aje) sb xdpt mkn sgala bagai yg ada...tp sate bole aje aku bedal...tu pun secucuk aje...jadilah...bukan nk mkn bebenau pun. Nak tgk ank aku tu happy je. Memang dia suka benau that time. Nak2 ramai yang datang...bnyk kawan2...dn dia menunjukkan peel dia yg kedekut itu...xbole lgsg org lain amik menan dia...blom amik bru nk usik je pun menannya...jauh lagi dia dh menjerit...adoiii ikut perangai sape tu dihah oii...aku kecik2 kedekut ke??? Aku gase lagi tamak+kedekut+haloba skali kot...kihkih. Mak aku ckp...pantang beli baju baru..aku nk pakai time2 tu gak..nk beli baju baru sesaje..alahai..ape ke buruk beno peel aku time kecik tu??skang?? ntah...laki aku taulah peel bini dia ni cmner kan...

..."aku sentiasa doakan kesejahteraan anak2 aku smoga dilindugi Allah s.w.t, dijauhkan dari malapetaka buruk dan jauhkan dari penyakit yang merbahaya. Semoga panjang umur dan peroleh kesihatan yang baik...dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh dan solehah"...