Followers

16 March, 2015

Feeling Happy 2015

Punya berkurun tak update blog, ni entry pertama dalam tahun 2015. Bukan bz mane pun, tapi lupa pasword blog. Diulang, lupa password. Kecewa rasa nak update terus x update sb lupa. 
Untuk permulaan cerita nak update psl cucunda pertama. Begitu pantas masa berlalu, dah brcucu iols...hihihi. Cicit pertama tok ali. Tahniah buat anak buah dapat baby girl. Seronoknya ahli keluarga dh bertambah. Meriahlah umah kalau semua berkumpul.

Tahun 2015 ni perancangan banyak sangat. Tapi satu-satunya yang teringin dan nak sangat pegi, USS. Nak bwk anak2 pegi sana. Mudah2an dimurahkan rezeki tahun ni nk ke sana. 

Cucunda pertama iols...arissa sofia

03 December, 2014

Destinasi Terakhir


Lamanya tidak mencoret sesuatu disini. Banyak cerita yang nk di abadikan. Tapi satu2nya cerita yang saya nak titipkan disini, saya dan keluarga kehilangan bapa mertua. Tarikh 27/8/2014, jam 12.22 malam, satu tarikh dan masa yang takkan saya lupakan. Pemergian yang sangat2 tak disagka. Bapa mertua saya meninggal dirumah,disisi mak mertua dan adik ipar bogsu saya. Tidak sakit, tidak jatuh dan tidak pula dalam keadaan yang teruk. Pemergian yang begitu tenang. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Ramai org datang ziarah buat kali terakhir dan sembahyang jenazah.

Setelah lebih 100 hari pemergian arwah, belum pernah sekalipun saya melupakannya. Setiap hari pasti teringat, seolah2 arwah masih ada dengan kami. Sesungguhnya, semasa hayat arwah masih ada, arwah seorang bapa mertua yang sangat baik. Tempat saya meluahkan perasaan. Ape pun, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan yang soleh. Al-Fatihah buat Hj. Mohd Yusof, bapa mertuaku.


12 August, 2014

Cerita Raya 2014

Cerita Ramadhan xde, tibe2 terus citer raya..hihihi. Apapun syukur alhamdulillah tahun ni saya berpuasa penuh. Xde risau nak ganti puasa, tp nak cuba buat puasa sunat. Ramadhan tahun ni mencabar jg sb sy still fully bf adelia. Setiap hari kuantiti susu seakan merudum sb sy berpuasa. Hampir give up sbnrnye, tp hasben bg galakan, cuba..jgn putus asa katanya. Maka sehingga hari ni, masih fully bf adelia. Dia jgk dh start makan, mcm2 dh sy buatkan bubur untuk dia xlupa juga buah2an kegemaran dia pear, pisang, epal.

Raya tahun kami sekeluarga pilih tema unggu sekali la dengan family mertua. Tahun ni keluarga saya tambah ahli baru selain baby adelia sy ada ank buah baru. Ank buah lelaki kahwin bln 11 tahun lepas, so tambah la bilangan ahli keluarga sy.

Apa pun, enjoy all the gambar. Biasa2 je sambutan raya sy sekeluarga.

Dah berlima kami tahun ni. Syukur alhamdulillah

Cucu dengan Tok Ali

Dengan family mertua saya

Dengan mak dan abah

Keluarga saya

Bersama anak2 buah perempuan

Saya dengan anak2

10 June, 2014

Misi Hampir Berjaya ;)

Masih meneruskan misi untuk turunkan berat badan. Nak capai target berat yang diidamkan sebelum puasa. Mari throwback entry lepas :)

Berat sebelum mengandung : 75kg
Berat akhir mengandung -9bln : 81.9kg
Selepas bersalin - 44hari : 74kg
2 bln - 73kg
3 bln - 72.5kg

Since aku hanya timbang bila bwk baby g check up maka xdelah dpt timbang selalu. Cuma aku akan gunakan penimbang yg sama sahaja. Masa 4 bln baby xde kena amik imunisasi/follow up check up. Tapi masa 4 bln tu dia demam selsema + batuk skit. So bwk pegi klinik n dapatlah aku timbang skjp. Masa tu agk terkejut jugak tgk2 69kg. Ingatkan xde turun or mgkin naik la berat. Sb aku kan jenis xpantang. Belasah je makan mcm2. Tapi syukur lah, atleast ada turun.

Then masa hasben xsihat, lbh krg 3mggu lps bwk baby, tumpang gk timbang. Saje gatal nk tau, walhal dlm hati takut jgk if berat naik. Alhmdulillah masa timbang tu tgk2 berat turun lg jd 67.3kg. Erm yang ketara peha aku lah. Sblm ni kemain besar mcm peha gajah. Kaki lak tembam. Klu pakai kasut sarung xsmpi 5mnt gase sakit melampau. Now kasut sarung pkai dh bole berlari juga. Syukur kalau berat boleh turun lagi. Aku nk kurus bkn sb nk cntik body. Tp xnk kaki aku sakit tmpung berat berlebihan. Xnk tgk org pkai cntik2 aku hnya bole tgk je. Xnk gemok2 sgt nk jln lama skit dh mengah. Objektif nk kurus sb nk sihat...tu je. Semoga tercapai lah impian dan hajat ku untuk turunkan berat ke 65kg. Tp BMI aku still di paras berat berlebihan. Kalau sebelum ni paras obesiti. Nangis kan bila tau kategori BMI pd paras yang xcun. So berat yang terkini 67.3kg melepasi berat sblm aku pregnant thn lps.


09 June, 2014

Baby Adelia




Dah lama plk x update blog. Dedulu rajin update psl fb instagram wechat sume xde. Sekadar untuk bercerita panjang mengenai perkembangan mybaby Adelia yang akan menginjak ke usia 6bln xlama lagi. Mybaby now dh makin lasak. Baring je terus pusingkan badan...dia start meniarap since 3month+. Skrg dh mula angkt2 punggung. Meniarap smbil buat pusingan 360 darjah. Mengesot kebelakang tgk2 kaki dh masuk bwh sofa...dh masok bwh almari..hehe. Masih fully bf. Gigih mengepam ari2 untuk bt stok.


Dah lama xberanak kecik, banyak info yang dah xingt. Dan masa anak 1st n 2nd otak ni mcm xbape pjg nk pikir...seolah2 google web tu masih xwujud time tu. Walhal google dh bertahun2 wujud. Dah ada ank 3 baru lah google sbgai sahabat. Nak tau info itu ini cpt2 google. Baca cerita2 mommy2 yg berpengalaman thru blog. Sangat membantu sebenarnya. Now aku tgh kumpulkan balik menu2 untuk buat solid food untuk mybaby yg xlama lg dh nk masuk 6bulan. Xsabar nk masak mcm2 menu untuk mybaby. Hati sentiasa berdoa moga2 mybaby xmemilih makan.



Laf u baby ;)