Followers

15 April, 2014

Mencapai Target Yang Diidamkan



Pastinya lepas bersalin sumeorg nak berat yang ideal. Nk kurus la senang citer. So far target aku masih belum tercapai lagi. Agak payah jugak sebenarnya nak skip makan sb fully breastfeed. Setiap masa asyik lapar. Setiap masa asyik pikir nak makan ape. Sebenarnya boleh makan, tapi amik dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. Aku cuba jugak disiplinkan diri dgn cara macamtu. Tapi ada masa aku lupa. Sebab bila dh terlalu lapar, aku makan mcm xingat dunia...hehehe.

Mari tengok berat aku yang mengandungi lelemaks :

Berat sebelum mengandung : 75kg
Berat akhir mengandung -9bln : 81.9kg
Selepas bersalin - 44hari : 74kg
2 bln - 73kg
3 bln - 72.5kg

Nampak x betapa xbnyak nye turun berat lelemaks tu. Target aku xdelah kaw2 pnye kurus. Cuma berharap badan ringan skit, kaki dapat menampung badan, baju2 lama bole pakai. Sayang ooo baju banyak2 tapi xdapat pakai. Rugi.

Target dalam masa sebulan ni, biarlah melepasi ke 70kg.
 

14 April, 2014

I'm Back :)

berusia 1 hari di wad Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8


Alhamdulillah setelah 3 minggu kembali bekerja, baru hari ni ada kesempatan nk update blog. Sangat berkurun lamanye. Entry pertama bagi tahun 2014.
Aku telah selamat melahirkan baby girl pada 24 Disember 2013 yang lalu. Overdue 4 hari dari tarikh duedate. Bersalin secara normal, pun kali ni tak sempat push xsabar2 baby nk keluar. Tepat 1.15 pm aku bersalin dan syukur semuanya dalam keadaan baik. Baby girl kedua ni aku namakan Nur Adelia Sofea, berat lahir 2.94kg. Pengalaman pertama bersalin di hospital kerajaan. Serius layanan yang sangat baik dari nurse2. Dari mula sampai akhir memang semua dalam keadaan yang baik. Baru cakap nk tutup kilang, nurse suruh aku beranak lg sorang...muda lagi nk pencen beranak katenye. Aduhai, apepun semuanya atas kehendak Allah s.w.t jua.
Adelia pada hari kedua dilahirkan nurse detect jaundis. Maka 2 hari jgklah dia dok kt NICU. Aku je yang bole balik rumah. Punyelah sedih hati berjauhan dengan baby. Malam2 xlena tido mngenangkan dia kt NICU. Susu dh mula keluar, pam susu sb dah bengkak. Syukur juga 2 malam je baby kt nicu. Jumaat dh boleh bawa balik.

 Banyak sebenarnya yang aku nk update terutama sekali journey BF aku. Seronok nk share cerita dgn mommies2 diluar sana mengenai penyusuan susu ibu ekslusif pd baby. Semoga niat aku untuk bf baby adelia hingga 2 tahun dimakbul Allah s.w.t

 berusia 7 hari aku bagi nama :)

04 December, 2013

38week already

Harini dh 38week usia kandungan...masih belum bersalin, masih ke opis spt biasa. Mild contraction dh terasa, tapi still boleh bertahan. Kadang2 ada ati nk jalan2 konon2 nk bg cpt brsalin, tapi sdgkan nk turun g kafe pn dh tercungap2 gase. Agaknya bby nk tggu tarikh best kot 11.12.13...hehehe. Apepun semoga sumenye dipermudahkan...semoga aku dapat bersalin secara normal...semoga aku cpt2 brsalin sb aku dh terlalu xlarat nk kesana sini dgn drive sendiri, anta c ammar ke taska.

Esok still check up lagi...dh start week by week plak.

19 November, 2013

Moga Dipermudahkan

Tengok...beso nye perot aku...

Setelah dapat surat perlu refer ke hospital, aku xterus pegi pn. Balik umah mcm xde perasaan je hari tu. Risau dan mula pk yang bukan2. Tapi sebab pk kan bukan diri aku sorang2, maka 14 Nov terus gerakkan badan dan kaki melangkah untuk berjumpa dengan doktor pakar. Hati berbelah bagi nak ke hospital serdang atau ke An-nur, Bangi. Disebabkan pegi check up sorang2....makan pilihan hati terus memandu ke An-nur. Sekurang2nya jumpa doktor pakar dan mgkin akan ada prosedur dan tips yg dia boleh bagitahu. Kali ni tak mengambil masa yang lama untuk sampai turn aku. Pagi tu takda yang nk bersalin kot...hehe. Sampai turn, berjumpa dengan doktor ksayangan, doktor Fatimah. Masih cantik, masih mcm 4 tahun lalu je aku tengok. Selepas mengambil tekanan darah, doktor fatimah suruh baring. Belum alat scan menghala ke perot, doktor merasa perot aku dengan tangan dan katenye 'saya rasa kepala baby dah kt bawah'...sambil dia senyum, aku pulak mengucapkan syukur. Dan yang xleh tahan doktor cakap perot aku nmpk BESO...aduhaiii scary. Alhmdulillah, bila scan betul spt yang doktor jangkakan...kepala kt bawah tapi belum engage lagi. Ada kemungkinan akan naik semula, tapi aku mohon dan berdoa moga-moga disaat aku nk bersalin nanti, baby dalam keadaan yang sepatutnya supaya aku boleh brsalin secara normal. Lagi 2minggu appointment seterusnya. Mudah2an diketika itu, keadaan baby dalam kedudukan yang betul iaitu kepala di bawah.

Ya-Allah, permudahkanlah segala urusanku. Semoga aku dapat bersalin secara normal dan dalam keadaan yang menyenangkan dan dipermudahkan.

#dear baby, semoga urusan kita dipermudahkan.

11 November, 2013

Kedudukan bayi Songsang

Alhmdulillah memasuki fasa terakhir di hujung-hujung mengandung. Walaupun ketika ini rasanya kalau boleh biarlah masa berlalu dengan pantas sebab keadaan badan dah begitu tidak mengizinkan. Jalan sekejap dah mengah, diri lama skit dah sakit satu badan, tido malam dh xlena dan macam tu jgk dengan selera makan. Pagi2 akan muntah hijau/kuning mcm xtertahan2 loya tu.

Pada usia kandungan 35week, doktor scan n dapati keadaan baby breech. Terus direferkan aku ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lepas balik dr check up, hati dh xkeruan. Mesej ngn kwn2 sana sini tnya psl baby breech ni. Xlupa mengadu domba kt pie sambil menangis teresak2. Call bidan tanya kalau2 ada cara yang boleh dia cadangkan. Dalam perbualan tu, bidan ckp tak perlu nak urut2. Katanya lepas sembahyang, cuba merangkak sambil selawat dan doa...insya-allah bayi akan pusing. Lepas solat zohor, aku cuba lah merangkak skit demi skit. Dalam hati niat dan selawat.

Aku try google juga untk cari info mengenai baby breech. Berikut tips yang dia bgtau. Mudah2an berguna pada semua bakal2 ibu.

- Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

- Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.

- Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

- Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.

- Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...

- Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...

- Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

- Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.

- Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betul.
Banyak2kan berdoa, baca al-Quran danbuat solat hajat