Followers

03 December, 2014

Destinasi Terakhir


Lamanya tidak mencoret sesuatu disini. Banyak cerita yang nk di abadikan. Tapi satu2nya cerita yang saya nak titipkan disini, saya dan keluarga kehilangan bapa mertua. Tarikh 27/8/2014, jam 12.22 malam, satu tarikh dan masa yang takkan saya lupakan. Pemergian yang sangat2 tak disagka. Bapa mertua saya meninggal dirumah,disisi mak mertua dan adik ipar bogsu saya. Tidak sakit, tidak jatuh dan tidak pula dalam keadaan yang teruk. Pemergian yang begitu tenang. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Ramai org datang ziarah buat kali terakhir dan sembahyang jenazah.

Setelah lebih 100 hari pemergian arwah, belum pernah sekalipun saya melupakannya. Setiap hari pasti teringat, seolah2 arwah masih ada dengan kami. Sesungguhnya, semasa hayat arwah masih ada, arwah seorang bapa mertua yang sangat baik. Tempat saya meluahkan perasaan. Ape pun, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan yang soleh. Al-Fatihah buat Hj. Mohd Yusof, bapa mertuaku.


1 comment:

Eda Ejai said...

selalu sedekahkan al fatihah.. insyaAllah tenang arwah di sana..