Followers

31 December, 2008

Peninggalan Itu

Tahun 2009 menjelang sudah. Aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana tahun 2008, mengajar aku 1001 erti idop...menjadi seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu dan disamping itu aku punyai tanggungjawab di tempat kerja. Ari demi ari yang aku lalui, walau ada dugaan dan rintangan, namun syukur tuhan masih kuatkan iman dan memberi aku semangat untuk teroskan idop. Membesarkan madihah dr seusia dia 1 ari sehingga kini sudah genap 1tahun 7 bulan, mengajar aku erti pengorbanan seorang ibu, perasaan kasih, sayang, rindu dan memanjakan dia sudah sebati dlm diri aku. Setiap jumaat, aku dh melonjak girang untuk bertemu chinta hati aku. Dan tidak lupa jugak, semasa dia kurang sihat, sampai dimasokkan ke wad, aku lah yang paling susah ati, xlalu makan, xtido dan aku gadaikan jiwa dan raga aku untuk memastikan dia sihat semula. Xkisah dia mahu tidur di bahu aku tanpa aku duduk selama 4 jam, asalkan dia tido dan tidak menangis kesakitan. Ape saja untuk dia, yang terbaik untuknya, aku sanggup berkorban. Dan pengakhiran tahun, syukur dengan rezeki yang Allah berikan, aku mengandung untuk kedua kalinya. Kini telah pun berusia 5bln. Aku berdoa dan akan teros berdoa semoga aku dan baby dalam kandunganku ini dilindugi Allah..semoga anakku ini sihat, sempurna fizikal dan mental dan semoga aku dipermudahkan semasa brsalin nanti.
Untuk suamiku pula, dalam keadaan aku yang semakin ari, semakin sarat...aku tahu terlalu bnyak tanggungjawab aku yang acap kali aku gagal laksanakan...namun, suamiku itu sangat baik dimata dan ati aku. Membuat segala kerja2 rumah dan kadang2 terpaksa melayan kerenah aku yang terlalu macam2 ni. Aku arap, cepatlah masa itu berlalu...aku berterima kasih pada suamiku kerna menjaga aku sebaik ini layanannye.
Untuk Mak dan abah, pengorbanan dan terlalu memahami kesusahan anakmu ini sudah memadai bg diriku. Sesungguhnya terlalu bnyak aku menyusahkan kalian. Terima kasih juga kerana menjaga madihah bg pihak aku. Walaupun bukan kehendak aku untuk menghantar dia ke kampung, tetapi KEREDHAAN mak dan abah untuk menjaganya, aku rela. Bukannya selama2nya mak dan abah menjaga dia, mungkin disebalik kejadian ini, madihah mendapat kasih sayang yang xternilai harganya dr mak, abah dan jugak kakak aku. Yang terlalu memanjakan madihah, memberi kasih sayang pada dia sehigga aku xtau nk nilaikan dgn ape. Namun, ucapan terima kasih, xpenah aku lupa untuk kesekian kalinya pada mak, abah dan kakak kerna menjaga madihah dengan terlalu baik. Dan secara x langsung aku tiap2 mggu dapat jumpe mak dan abah semasa hayat kalian masih ada. Semoga mak dan abah dipanjangkan usia, semoga allah sihatkan tubuh badan mak dan abah, semoga allah memberi rezeki yang berganda2 buat mak dan abah, dan semoga aku masih ada kesempatan untuk melihat mak dan abah gembira dimasa2 akan datang.
Dan tahun 2009 yang menjelang ini, aku berdoa dan akan teros berdoa selagi hayat masih ada, semoga aku dimurahkan rezeki, semoga aku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Semoga aku tabah dan sabar menghadapi liku2 kehidupan ini. Semoga Allah melindungi diriku dan juga keluarga dari malapetaka buruk. Dan, semoga aku kuat untuk menghadapi kegagalan andainya ada kegagalan dalam idop aku nanti.

6 comments:

DYLA said...

Selamat Tahun Baru haja, moga tahun ni lebih bererti & dilimpahi kemurahan rezki ye..

jalan2 ke mana tahun baru?

Yaya said...

Happy New Year 2009, semoga 2009 membawa lebih byk keceriaan, kesejahteraan, kebahagiaan, kekayaan, kebaikan kepada kita semua, amen....

@e_da said...

Selamat tahun baru ja... semuga tahun baru akan membawa lebih kebahagian kepada kita...

Khas Lysha said...

happy new year.. moga sentiasa ceria disamping keluarga tercinta..

nasaoji said...

moga pabila melangkah ke Tahun Baru, sgala yg baik d bawa juga...

Ada Dalina said...

hepi new year jaa..
x sabo nak tgk bb baru ko..hehehhe