Alhmdulillah memasuki fasa terakhir di hujung-hujung mengandung. Walaupun ketika ini rasanya kalau boleh biarlah masa berlalu dengan pantas sebab keadaan badan dah begitu tidak mengizinkan. Jalan sekejap dah mengah, diri lama skit dah sakit satu badan, tido malam dh xlena dan macam tu jgk dengan selera makan. Pagi2 akan muntah hijau/kuning mcm xtertahan2 loya tu.
Pada usia kandungan 35week, doktor scan n dapati keadaan baby breech. Terus direferkan aku ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lepas balik dr check up, hati dh xkeruan. Mesej ngn kwn2 sana sini tnya psl baby breech ni. Xlupa mengadu domba kt pie sambil menangis teresak2. Call bidan tanya kalau2 ada cara yang boleh dia cadangkan. Dalam perbualan tu, bidan ckp tak perlu nak urut2. Katanya lepas sembahyang, cuba merangkak sambil selawat dan doa...insya-allah bayi akan pusing. Lepas solat zohor, aku cuba lah merangkak skit demi skit. Dalam hati niat dan selawat.
Aku try google juga untk cari info mengenai baby breech. Berikut tips yang dia bgtau. Mudah2an berguna pada semua bakal2 ibu.
- Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.
- Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.
- Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
- Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.
- Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...
- Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...
- Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
- Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
- Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betul.
Banyak2kan berdoa, baca al-Quran danbuat solat hajat
No comments:
Post a Comment