Followers

15 August, 2011

Ikan Semilang Salai Masak Lemak Cili Api

Rupa ikan semilang setelah di salai

Sebelum aku terlupa cara2 nk masak lauk ni, better aku salinkan balik kt sini. Bole share ngn sume org. Ikan semilang laut memang aku adik badik paling suka dan akan berebut2 klau dh siap masak. Selalu org buat masak asam pedas kan, kali ni aku share buat masak lemak cili api plak.

Bahan-bahannya: Untuk 5 ekor ikan semilang (besar2)

1) Bawang besar - 2 biji
2) Cili Api - segemgam, banyak lg sedap. Xnak pedas sangat pun xpe
3) Kunyit idop - besar ibu jari
4) Limau kasturi - 15 biji (ambil jus nya sahaja)
5) Santan - 1 biji kelapa
6) Garam
7) Minyak masak untuk menumis

Cara2 :

1) Ikan semilang di gaul dengan kunyit serbuk dan garam (mcm kite nk goreng ikan la juga). Kemudian di salai atas bara sehigga kekuning2an.
2) Lebih kurang 15-20 minit salai, kemudian ikan di kerat ikot suka size besar mana nak.
3) Kemudian sediakan bahan2 untuk menumis. Bawang besar, cili api, kunyit hidup di blender skali sehingga lumat.

Bahan2 tumis

4) Tumis bahan yang di blend sehingga garing, kemudian masokkan santan. Kacau supaya tidak pecah minyak dan kemudian masokkan jus perahan limau kasturi. Kacau sehingga mendidih, dan bolelah masukkan ikan semilang. Garam tidak perlu banyak kerana ikan yang telah disalai tadi telah pun di perap dengan kunyit dan garam.

Santan

Limau kasturi

5) Tunggu beberapa minit untuk dapatkan kuah nya yang pekat. Dan sedia untuk dimakan.

Setelah siap dimasak.

*Jus limau kasturi akan buat ikan tu ilang hanyir.


Sesuai jugak dimasokkan belimbing buluh, mangga. Rasa kuahnya masam2 membuatkan kite bertambah selera.

2 comments:

eLLy said...

wahhh nanti den nak cobaaa la
psst klu salai ikan lain boleh tak?

Cik Puan*PIE said...

elly:bole kot try ikan lain. Cam ikan keli, talapia, cencaru.cubala, insya-allah sedap.