Followers

31 July, 2013

Persiapan Menjelang Raya


Alhamdulillah, persiapan raya hampir selesai untuk aku satu family. Tinggal saki baki dalam 2,3 perkara yang belum selesai. Tahun ni aku kena bajet setiap perkara. Sebab tahun ni jugak nk sambut ahli baru. Banyak nak pakai duit kan. So, raya kali ni mng bersederhana shj.

Tak sabar nk cuti raya, nak bakar lemang, nk masak rendang, ketupat, nk makan itu ini masa raya nanti. Hehehe.

22 July, 2013

Nasi Briani Pakistan


Nasi Briani Pakistan versi dan style aku


Bulan puasa, kita nak masak yang special2 pun mesti tggu wiken sb masa untuk menyediakan bahan-bahan ada masa yang panjang dan kita releks nak cuba pelbagai resepi. Sabtu baru-baru ni, setelah selongkar blog Amie's Little Kitchen, sekali lagi tertarik dengan menu yang di update iaitu Nasi briani Pakistan. Secara peribadi, aku memang jarang makan nasi briani kalau x kena dengan selera. Penah skali cuba makan, tapi lauk yang dimasak tidak menepati selera. Tapi bila tengok step by step penyediaan bahan-bahan dan cara masakan tu telah memikat hati untuk mencuba resepi ini. Alhamdulillah, pertama kali memasak menu briani pakistan ni, ternyata mendapat sambutan dan pujian daripada keluarga. Ternyata sedap dan ayam yang sangat lembut.

Resepi dan cara-cara penyediaan uols bolelah berkunjung ke blog asal iaitu Azie Kitchen . Resepi yang kita boleh cuba dan sesuai dijadikan juadah tak kira majlis apa pun. Dan menu ini telah di cadangkan oleh keluarga aku untuk dijamu kepada tetamu sempena dua hari raya nanti. Insya-Allah.

Resepi ini juga aku derhaka skit. Dalam menu asal disediakn juga salad dn sos yogurt. Tapi atas permintaan semua, mereka memilih acar timun + karet dan aku tambahkn lagi selera dengan tomato + cili api di blender kasar. Kita orng malaysia, mana bole lari dgn kepedasan. Xpedas, xsedap la kan...tapi maaf, gambar acar dan tomato cili api tak sempat nak snap...dh waktu berbuka puasa time tu. Next time ye




16 July, 2013

Nasi Ayam + Ayam Masak Ungkep

Semalam, juadah berbuka puasa untuk kami sekeluarga, ialah nasi ayam dan ayam masak ungkep. Jalan-jalan ke satu blog ke satu blog, akhirnya terpukau dengan resepi dari blog Amie's Little Kitchen . Sangat teruja dan rasanya semua bahan-bahan ada di rumah. Meh sy sharekan sekali lagi resepinya. Bagi mereka yang tak tahu nk masak apa untuk berbuka bolehlah ke blog Kak Amie untuk cari ilham. Thanks kak mie, share resepi yang sgt sedap ni. Saya mohon untuk share disini.

Ini versi kak Amie, rupa pun dh memikat qolbu


Resepi : Nasi Ayam 
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.

Resepi : Ayam Ungkep (Masakan tradisi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor)
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 helai daun salam - saja Amie tambah, sebenarnya orang kampung kami tak gunakan daun salam

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
sejemput ketumbar biji
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi 

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai ( dan daun salam) dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Kali ini Amie tambahkan 4 biji telur rebus dalam masakan Ayam Ungkep. Amie masukkan telur rebus di pertengahan proses mengungkep ketika kuah sedang mendidih untuk menjadi pekat. 



Dan yang ni, versi masakan aku semalam. Serius, sedap sangat. Dan percubaan pertama ini telah mendapat pujian dari suami dan anak-anak buah. Terima kasih la sangat.






Ikan Siakap Steam Chinese Style

Hari ni nk kongsi satu resepi yang simple aje. Senang nk disediakan, dan bahan-bahanya pun mudah. Actually resepi ni aku olah skit dari yang aku penah makan masa join seminar PA bln April lepas. Yang tu memang sedap dn terangkat la. Tapi xpe, satu hari nnt aku pasti akn try jugak resepi dan cara-cara masakan mcm tu. Ni pun pndai-pandai je aku letak nama chinese style ek..hehehe.


Bahan-bahan:

Ikan siakap - 1 ekor
Bawang putih - 5 ulas (Hiris nipis)
Bawang besar - 1 biji (Hiris halus)
Kicap cair - 1 sudu
Kicap soya- 1 sudu
Halia - 2 inci (hiris)
Cili Merah - hiris
Cili Api (5-6 biji) - belah tengah
Perahan Lemon
Daun sup
Daun Bawang
Garam
Perasa

Cara-cara :

Bersihkan ikan kemudian kelar bhgian badan. Taburkan sedikit garam dikedua-dua bahagian ikan kemudian kukus. Apabila ikan hampir masak, ambil perahan lemon dan curahkan ke atas ikan. Tunggu dalam 2-5 minit supaya lemon serap ke ikan dan tutup api, asingkan ikan kedalam bekas yang sesuai.

Guna sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. Kemudian masukkan kicap soya, kicap cair dan sedikit air. Apabila hampir layu, masukkan halia, garam dan perasa jika suka. Kuah tersebut boleh dicurahkan ke atas ikan ketika masih panas-panas. Taburkan daun sup, daun bawang.
Siap untuk dihidangkan.




12 July, 2013

Cuti Masak...Hoorey

Hari ni cuti memasak untuk berbuka puasa. Sebabnya aku balik kmpg arini. Lepas office hour, terus gerak ke kmpg. Just beli air dn kuih2 skit kalau trpksa berbuka dlm keta. Apapun, td cl mak...tnya masak ape arini...dh buat aku xsabar2 nk balik kmpg. Main menu, ikan semilang masak asam pedas, peberet aku. Ikan semilang bertelur plak tu...lagi la rasa x sabar nk balik.

11 July, 2013

Menu Berbuka Puasa Day 2

Update menu berbuka puasa day 2 :


1) Udang A masak lemak dengan nenas



2) Sayur kobis masak lemak putih


3) Puding Karamel


4) kuih beli kat PARAM


# Gambar lagi dari incik GOOGLE

10 July, 2013

Menu Berbuka Puasa Day 1

Segala barang basah, barang kering tiap2 mggu stok aku beli kt kampung. So, xdelah beli banyak2 cukup untuk lauk sahur dan berbuka puasa shj. Taknak berlaku pembaziran sgt. Kali ni waktu berbuka puasa memang aku akan masak hnya cukup-cukup abis waktu berbuka aje. Xnk bwk ke sahur ke ape...sb nya nnt mst x jalan.

Menu berbuka puasa day 1 :


1) Ikan kurau masak lemak + tomato


2) Sayur campur + udang


3) Sagu gula melaka


4) 2 jenis kuih beli di PARAM (kendian update)


#GAMBAR ADALAH BELAS EHSAN INCIK GOOGLE ^_^

09 July, 2013

Secara Umumnya...Ingat Ko Retis ^_^


Lilypie Pregnancy tickers


Syukur alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan bagi aku untuk tahun ini. Sebenarnya x rancang. Aku pun xde kecoh2 bgtahu sume orang. Event aku nk buat entry ni sebenarnya aku baru bagitahu mak aku. Dh masuk 4 bulan pn baru nk bagitau. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku xbgtau sume orang awal-awal. Hari ini, sebelum menjelangnya Ramadhan, aku bagitahu la keadaan aku.

Xde mabuk terlampau. Cuma nk makan, makanan jenis lauk-lauk kampung. Desert dulu-dulu cam sagu gula melaka, bubur jagung, cekodok, kuih apam dll. Uols sume doakan lah sepanjang aku pregnant ni, aku sihat. Xde alahan yang teruk2. Dan tiba masa aku bersalin nanti, doakan juga semoga berjalan dengan lancar dan sempurna.

#kakak dihah eksited nk dpt adik. Tapi ammar siang2 dh ckp 'kite xnak'. Sabau jelah ank2.



Selamat Berpuasa Uols



Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi, aku dh start men'google' resepi2 yang simple untuk di jadikan juadah berbuka puasa. Mcm tahun-tahun sudah, aku lebih suka memasak daripada beli makanan di kedai atau ke pasar ramadhan. Cubalah sedaya upaya untuk masak, lagipun sambil masak, masa akan berlalu dengan pantas....selesai masak, azan maghrib dah berkumandang...hikhikhik.



#Perut suami dan anak-anak kena jaga. Tak kisah tak setaraf restoren atau hotel masakan kita, janji dimasak dengan kasih sayang ^_^

08 July, 2013

Preparation Raya Part 1

Wah...dah mula masuk bab preparation raya nampaknya ni. Macam tahun-tahun sudah, preparation ni la yang buat naik semangat nak sambut raya, selain berpuasa penuh. Alhamdulillah, tahun lepas berpuasa penuh, makanya xperlu ganti puasa. Tahun ni ada kelainan skit dari sebelum-sebelum ni. Sebabnya warna tema raya pertama aku, biras n adik-bradik pie decide pilih warna yang sama tapi corak baju ikot la suka masing-masing nak macam mana pun. Tema raya tahun ni EMERALD GREEN. 

Tahun ni jgk, terpaksa tukar tailor lain sebab tailor yang dah biasa hantar kt dia tu entah kemana ghaib nya. Asyik bgtau masih di sabah. Sejak kes sulu tu lagi dia kat sana. Last sms aku hantar tanya dh balik ke belum masih tak berjawab so taknak la tanggung risiko kang baju aku xsiap, aku carilah tailor lain. Hantar sekali baju melayu dua hero kesayangan tu, aku tumpanglah sekaki. Hantar sepasang je pun. Lagi 3 pasang, mak aku jahitkan. Tenkiu mak :)