Followers

30 November, 2011

Sate Kebab



Dah lama xupdate blog, tetibe je citer psl makan ye x. Oklah, kali ni nk citer psl kesedapan sate kebab ni. Aku beli kt jiran umah. Mula2 test la yg perasa briyani punye. Memang sedap, n budak2 pun bole makan. Cara nk masak pun senang. Bole bakar dalam microwave, oven, atas non stick pan pun bole. Harga satu peket RM12, ada 20 cucuk. Ada 3 perasa, briyani, black peper, pedas.
Sesuailah hidang time dh bosan asyik makan nasi je atau time tetamu datang xtau nk hidangkan ape, boleh hidangkan sate kebab ;).

*jumaat ni amik stok lagi bawak blk kmpg :)

25 November, 2011

Dhia...Dhia



Aiseh, arini xde citer TENTANG DHIA. Xsabar betol nk tggu ari isnin. Dah jatuh cinta ngn citer tentang dhia la plak. Mcm ketagih, xdpt rasa xkeruan.hikhik. Kata2 dalam citer ni buat jiwa kacau je tau. Tangkap lentok gitu.

18 November, 2011

Jom Poie Pilah









Sabtu lepas, 12.11.11, aku sefamily ke pilah mnghadiri majlis kahwin pengasuh lama ammar, ekin. Dah lama xpegi pilah. Last aku jejakkan kaki kesana xsilap masa join kelab usahawan form 4. Ada expo peringkat negeri. Merasa la meredah jalan bukit putus. Tapi skang dah ada jalan baru, kejap je dh smpai pilah.hehehe. Apepun tahniah buat ekin dan pasangannya.

17 November, 2011

Citer Raya Haji



Aiseh, orang pegi haji dah balik pun aku baru hegeh2 nak update citer psl raya haji aritu. Mood kelaut macam tu la. Dan lagi baru je nak sihat skit. Ok ni citer raya korban aritu, macam yang aku bgtau dalam entry sebelum2 ni, kt umah kampung orang mintak abah aku buatkan korban. 3 ekor lembu dikorbankan haritu. Memang ramai gile orang2 kampung datang, dan keje2 korban settle sebelum jam 12 tengahari. Hari raya korban aritu,mak aku masak mcm2 la jugak. Ada lemang, nasi impit, rendang ayam cili api, kari ayam, bihun goreng, rojak n roti jala. Mane2 yang datang pd haritu memang dijamu dengan menu2 yang berkenaan je.
Kali ni, anak2 dapatlah tengok sendiri mcmane lembu turun dr lori, diikat kt pokok, kena sembelih dan akhirnya daging2nya diagih2 kan. Ammar memang xtau mende la, psl dia penakot. Dihah dia ingt sume2 tu. Siap dia tanye mane pegi lembu2 kt pokok tu, nape kerat leher lembu tu..memcm la plak soal jawabnye.






Alhmdulillah, merasa juga daging korban. Projek pertama, buat b'gedil dah pun terlaksana. Anak2 buah bawak bekal sorang satu xlupa untuk mypie ;).

Kedatangan Si Sakit

Dah lama xsakit teruk-teruk, dah lama juga xdatang2 si bulan jatuh ke riba tu. Ahad lepas memang hari paling sakit untuk aku. Kalah sakit nak beranak aku rasa. Puncanya sakit T*T*K aje yang biasanye akan hilang dalam seari lepas aku tuam dengan air panas yg diisi dlm botol. Tapi ahad tu datang sekali dengan demam serta merta dan tangkap segala anggota badan aku. Dengan kepala pening yang terlampau, pinggang gase nk tercabut, kaki xbole gerak, kebas n seakan2 lumpuh sekejap. Nak bangun pegi toilet pun xterdaya. Makan ubat demam, bile dh kebah barulah aku dapat bangun, mandi n makan. Tu pun kepala xgak ilang sakit mahupun sakit T*T*K tu berdenyut2.
Isnin, gagahkan jugak pegi opis, nak cari penganti dan settlekan skit keje2 yang nak submit kt bos. Pukul 9 terus pegi klinik. Betapa azabnya tunggu turn terlalu lama nk dpt jumpe doktor. Tunggu lebih kurang 1jam tu macam2 dah aku rasa, kaki dah mula kebas dan rasa nk baring je. Dah sampai turn aku, citer lah sejarah aku mula mendapat sakit T*T*K ni bila n sume. Bila disuruh baring, dan doktor tekan2 kat bahagian yang sakit, rasa nk melompat punyalah sakit. Aku xingat ape nama penyakit tu, tapi lebih kurang mcm ni :

"Ramai wanita sering merasa sakit dan pedih payudara masing-masing. Ia dipanggil 'mastalgia'. Ia boleh datang dan pergi setiap bulan dengan kedatangan haid. Ia juga mungkin hadir bila-bila masa. 'Cyclic breast pain' ialah sakit pada payudara yang biasa terjadi. Ia mungkin disebabkan oleh perubahan hormon setiap bulan. Sakit ini biasanya terjadi kepada kedua-dua belah payudara. Ia digambarkan dengan rasa berat dan pedih pada bahagian ketiak dan lengan. Ia terjadi sebelum haid dan akan berhenti sebaik sahaja haid selesai"

Selesai jumpa dktor, dapat mc 2 hari. Balik rumah, makan roti laju2 terus makan ubat n tido. Aku rasa, hari tu la paling lama aku dapat tido 'tanpa ganguan' dari pkl 11 sampai pkl 4 petang. Rehat bagi orang sakit, xsama rasanye rehat bagi orang yang sihat. Bangun tido pun, rasa sakit pala juga, sakit T*T*K masih ada, cuma bisa2 satu badan ilang. Sehingga ke hari ni (Khamis) sakit T*T*K ni masih ada lagi, cuma xdelah sesakit yang mula2 sampai. Dalam setahun, sakit T*T*K ni pasti akan sampai sekali atau plg tidak 2 kali. Cuma kali ni datangnya serentak dengan bisa2 satu badan dan membuatkan aku seakan2 lumpuh seketika.
Harap2nya, sakit ni xberulang lagi.

*Nak buat pemeriksaan mammogram minggu ni. Insya-allah.

11 November, 2011

11.11.11

Ramai betol org sebut psl tarikh harini 11.11.11. Kt FB pun rata2 update status psl tarikh ni. Aku??Sebenaunye tarikh arini bape pun aku xingt, pagi2 lagi aku gase cam sebak. Tingat seseorang. Susah nak diterangkan sebenaunye. Satu impian aku yang xtau bila masanya akan tercapai.

09 November, 2011

Satu Permulaan Yang Membosankan

Bole dikatakan, nk update blog ni mcm bermusim plak. Time mood nk b'blog tu smpai, mcm2 entry keluar, xkiralah merapu ke ape ke. Tapi bile sekali mood malas tu smpai, mcm xde ape2 pun yang nk dikabarkan walhal ada je topik yang best nk di canangkan. Well, mood aku kelaut skang ni. Kawan2 semeja semakan sume masih bercuti panjang. Aku aje yang xamik cuti sb anak buah aku dh start praktikal kt opis aku 8 nov 2011. Xkanlah aku nk cuti, tinggalkan dia sorang2 kt opis. Berkorbanlah aku untuk anak2 buah yang tersayang ..ekekek.
Tunggulah aku uplod citer2 sepanjang hari raya aidiladha. Kamera pun tinggal kt umah, kang citer xde gambar xfeel la plak.hehe.


*tataplah gmbar anak bujang aku yang manjang pow aku patung2 kt pasar tani. Dh mcm girl plak dia nk patung2 bgai.

04 November, 2011

Tayang Makan

Isnin - Sup Ikan Merah (gmbo ehsan google)

 Selasa - Ketam masak lemak cili api

Rabu - Ikan Senangin masak asam pedas 

Rabu - Sayur brokoli + cendawan + karet + isi ayam  

Khamis - Ayam masak kicap

Dah lama xbuat edisi tayang makanan. Maklumlah, bukan terer sangat bab2 masakan ni kan. Selalu niat kt hati tu nk masak mcm yg dlm resepi2 tu, tapi selalu takot n risau xmenjadi. Maka lauk2 biasa yang dimasak je dapat disajikan. Tunggulah ye, satu hari nanti pasti aku akan jd masterchef kt umah sendiri...kihkihkih. Menu2 ni adalah dalam minggu ni jugak. Sepanjang minggu ni hujan sesaje belah petang, jadi mcm xbape best nk g makan kt luar. Skang kt umah aku dah bertambah ahli keluarga, anak buah aku yng smbg master n keje kt ukm tu duduk skali ngn aku skang. Then xlama lagi plak, adik dia praktikal kt opis aku. So, ahli keluarga dh bertambah, maka stok bahan basah kena beli lebih skit lepas ni.

*ari jumaat, dapo aku off pasal aku balik kmpung lps blk keje ;)

Mengonon ;)



Mengonon je anak2 aku ni kadang2. Dihah ada masa dia syg benau2 kt adik dia, ada masa dia cengil. Ni masa aritu, kemain berbaring2an aku tgk. Siap nk pangku adiknya menyusu. Yela kan, time baik nye smpai. Kalau x, time adiknye tido, dia buat bising smpai la adiknya jaga. Dh jaga, dikejakannye. Saje nk bg aku mantapkan vokal tau.



Selalunya diaorg ni, time ayahnye xde memang super duper hero n heroin la. aku kunci pintu depan, pintu belakang dia klua. Tengok2 diaorg dh ada kt luar umah. Kalau xpegi kejalan xpe, pesen c ammar dapat lepas keluar, dia berlari ke jalan. Dah 2 kali kes dia lari kejalan. Nasib kete xde. Masa tu aku punye jerit, satu kampung bole dengar. Sejak dr tu, memang aku xbole leka sesaat pun. Time diaorg jaga, memang aku pun xtido la. Mesti ada je keje memasing tu. 

03 November, 2011

Cuti



Masa lunch tadi, borak2 ngn kawan pasal cuti sempena hari raya aidiladha, aku sorang je yang xamik cuti. Maksud aku, cuti lain selain yg diberikan. Cuti jatuh hari ahad, maka isnin tu dapat cuti ganti. Then td, bila jadual perancangan cuti smpai kt meja aku, aku tengok kebanyakkannye cuti direct seminggu, n ada yg cuti ari selasa. Aiseh, gase cm rugi plak xamik cuti. Xde geng makan sume. Aku cuma cadang nk cuti bulan 12 je nanti. Tu pun sebab nk bawak anak2 pegi jalan2. Insya-allah, jika diizinkan tuhan. Raya aidiladha tahun ni, kt umah mak 3 ekor lembu dijadikan korban. Sume2 yang buat korban tu, berikan amanah pd abah aku untuk jalankan kerja2 korban ni nanti. Maka pada cuti raya kali ni, aku bizi sesangat tolong mak sediakan juadah nk sambut raya. Mcm sambut raya aidilfitri juga, buat lemang, masak ketupat. Kali ni mungkin jamu orang2 yang tolong mengerat, mnyiang daging dengan nasi briani. Mungkin la, cadangan aje. Xtau la nanti bile dh smpai waktunye, menu lain plak yang dihidangkan.hehe.


Posing kt Studio

Sebahagian dari keluarga aku 

Madihah dh termemek, sebab panas.


Tumpang happy ngn kejayaan anak2 buah ;)

Dah lama juga kejadian ni. Anak buah aku yang 1st dh tamatkan ijazah nye bulan september lepas kt ukm. Masa hari konvo, aku memang xpegi la. Bawak anak2 pegi JJ. Kang pegi majlis konvo orang, maunye aku jd tarzan plak kt situ.hehehe. Lepas abis konvo kt ukm, dia mngajak la kiteorg reramai bergambar kt studio. Nasiblah family aku je yg bergambar mlm tu, buatnye ada family2 lain azab gak. Pasal lama nk posing2 bagai tu. Tau jelah anak2 aku punye peel, tengah2 cina tu nk snap gmbo bole c ammar lari pegi ke belakang. Sudahnye gambar reramai tu, dia sorang berdukung ngn ayahnye. Aku gase nk ketil je time tu.hehehe.

Tahniah la buat anak buah ku, kerana berjaya hingga ke tahap ini. Dia beza ngn aku 2 tahun je. Kami dulu kecik2 membesar sama2. Mak aku jaga dia dr kecik smpai umo dia 4tahun. Skang anak buah aku ditawarkan sambung master plak sambil dia keje dlm ukm juga. Jarang aku update psl anak2 buah aku dlm blog ni, ada cerita yg best2 mcm ni, aku abadikan skali disini.


*Tahniah sekali lagi buat anak buah ku.

02 November, 2011

Wedding


15 Oktober lepas, sempatlah aku g wedding kawan aku kt Lukut, PD. Mulanya mcm xjadi pegi, psl pie subuh2 ari dh klua g keje, then nk g umah mak sedara aku ada buat kenduri pagi tu. Tengok2, kul 12 lbh mypie dh smpai, then terus siap2 g wedding kawan aku plak. Biasalah, plan yng selalu dirancang kadang2 xjd, kadang2 jd.
Aliza kawan aku ni dulu housemate masa kiteorg mula2 dapat keje gomen. Kalau sebut 'umah hijau' je, rata2 org gomen sume tahu mane umah tu. Aku dok umah tu ber 6 xsilap. Aku ngan aliza dok sebilik. Then aku pindah tmn desa pinggiran smpailah dh kawin n bersalinkan madihah. Then bile aku dh dpt kuaters, dh bersalinkan ammar,pun aliza still lagi setia kt umah hijau tu. Bile aku dh pindah kuaters teres, dia dh dpt kuaters apartment jugak. Maka, umah hijau yg dulu kiteorg sewa mgkin owner dia dh amik or mgkin bg sewa kat org lain. Sume kawan2 yg sama2 menyewa umah hijau tu dulu, sumenye dh berkahwin. Aliza paling last skali dapat jodoh :), alhamdulillah.





*syok jugak skali skala pegi wedding yg ada kelainan ni. Aliza dr keturunan mamak. So style wedding dia ada lain skit.

Upin Ipin In The House ;)





Tengoklah peel anak2 aku bile posing. Ada masa ok, ada masa buat hal. Ikot mood memasing la jugak kan. Gambar ni dh lama terperuk dlm camera, baru arini nk uplod gambar2 diaorg ni. Bukan ape, bizi sesangat. Baju upin dan ipin ni aku beli kt jualan di opis ni aje, yg tiap2 bulan pasti akan ada. Dh bnyak dah koleksi baju2 jenis mcm ni aku belikan tok anak2. Madihah mcm biasalah, dh gemar nk pakai gaun2 ni..maka aku belikan dia jenis sluar pnya. Size untuk ammar terhad skit, biasanye themes yg best2 mcm angry bird tu, untuk budak2 baya ammar kakak yg jual tu xdpt stok lagi. Mungkin kt tempat lain dh ada. Jenis kain mcm ni sejuk je bdk2 pakai. Saje jelah beli tok pakaian basah diaorg kt umah.

*selalu beli baju tok anak2, tok diri sendiri tolak tepi dulu :)

01 November, 2011

1.11.11

Moga ada keajaiban yang berlaku :)

"SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking"



Kawan2, jomlah reramai join this segmen... Lulu Caldina Ajak Blogwalking
Tarikh tutup 4/11/2011 jam 4 petang.
* zaaasss, layaannnnn ;)

* thanks ct share info ni ;)