Followers

26 May, 2011

2 Tahun Sudah

Coklat Oreo dan coklat handmade untuk cikgu dan kwn2 ammar kt taska



Selamat Hari Lahir Anakanda ku Muhammad Ammar Ilyasa.


Genap usia ammar 2 tahun arini. Dah makin bijak, dah makin bnyak cakap. Dengar cakap aku je, ckp org lain dia xheran sgt...hehe. Masih lagi menyusu badan ngn aku. Alhmdulillah, ada rezeki untuk dia. Semoga ammar membesar dengan sihat, bijak dan menjadi insan yang berguna.
Hari ni, untuk kawan2 ammar kt taska, aku sedekahkan coklat oreo yang kwn aku dah siap2 deco n coklat handmade untuk cikgu2 ammar.
Insya-allah, 5 june ni nanti aku buat kenduri brsekali sambut besday anak2 kt kampung. tarikh besday madihah pun xlari jauh ngn ammar. So, aku buatkan sekali je.

24 May, 2011

Eppy Besday To Me :)

Ohh xkoser tau, gemoksss sentiasa.




Alhmdulillah syukur, masih diberi kesempatan untuk lalui hari2 yang indah bersama insan2 tersayang. Syukur alhamdulillah juga diberi peluang dan ruang untuk menikmati segala anugerah yang diberikan. Sesunggunya, setiap apa yang terjadi, yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Hari ini, genap usia aku 27 tahun. Terima kasih kepada yang wish bsday aku kt FB mahupun msg di hp. Penuh dengan doa selamat untuk aku. Terharu sangat2.

Apapun, syukur alhamdulillah dengan limpahan rahmat yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk aku sekeluarga.

23 May, 2011

Selesai Tapi Xsempurna

Inilah umah baru aku skang.Dapat umah tengah2.

Kedua last plak tu.

Pandangan dari tmpt meja makan.dapo sebelah je.

Pandangan dr depan.
Umah aku ni ruang meja makan trsorok kebelakang.
So ada privasi skitlah.



* takat ni amik gmbar belah bawah je dulu. Tingkat atas, belum ada kesempatan. Tunggu ye, sikit2. Maaflah, tujuan aku bukan nk menayang. Tapi nk berkongsi rasa happy aku kt sini. Nak beli umah sndiri belum tahu lg bile kan. Janglah korang ckp aku kecoh plak, baru dpt umah kerajaan dh belagak kan...hehe. Tumpang happy kt kawan2 yang dh pun beli rumah sndiri.


Entry lepas aku ada bgtau yang aku bz sgt2 sampaikan xde masa nk pk hal lain. Dalam pale otak dok pk hal yang satu ni je. Sumenye secara mendadak, tibe2 dan pastinya satu berita gembira buat aku sekeluarga.

Alhmdulillah, permohonan selama setahun jugak la, akhirnya dapat juga aku merasa dok umah 'bawah' yakni umah teres la yang diperuntukkan oleh 'kerajaan' ye, bkn beli sndiri. Tu pun aku dh gase happy la sgt2. Selama 4 tahun dok apartment, mng memcm dugaan la. Bukan xbest dok umah tinggi2, tapi sian kat mak, abah aku. Kalau datang umah, kaki xjejak ke tanah, takot mlm2 nk tido. Sian la sgt2. Bile dpt tau je aku dh ditawarkan umah teres, aku terus call mak (call mypie xangkat2 sape suruh kan). Mak yang dr sakit pale tibe2 terus elok n katenya xsabau2 nk dtg sini.

Bile dh amik surat tawaran, teruslah aku menguruskan hal2 pembayaran. Xcukup duit pun, gagah kuarkan simpanan. Nakkan cepat dok umah bawah kan. Alhmdulillah, segalanya dipermudahkan. Tu yang aku bz sgt2. Bz mengemas umah, packing barang2. Tu pun buat keje skit dh letih, lembik. Mak, abah, kakak n anak2 buah datang tolong mengemas, barulah settle umah tu. Paling banyak berjasa mak lah. Sangat2 xterbalas jasa mak tolong aku.

Akhirnya, 22 mei maka dengan rasminya aku dh tido umah baru. Tapi masih jugak ke umah lama, sb ada 1,2 brg lagi yang tertinggal.
*masa lalu g bangi smlm, nmpk umah lama terus nangis. Banyak sgt2 kenangan kt umah tu. Banyak suka dan duka aku ada dalam rumah tu. Penah satu ketika, mulut aku sendiri yang ckp 'kalau bole, xnk duduk lg kt umah ni sebab trlalu bnyk kisah sedih yang aku lalui'. Tapi, aku tetap bersyukur, ada nya tempat untuk aku berteduh sekeluarga. Tempat mncari rezeki untuk meneruskan idop dekat je ngn umah. Alhmdulillah.

*yang masih xsempurna tu, langsir xtempah lg, umah xberkemas dgn sepenuhnya, memasak pun xkan la seminggu dua ni.aduhaiii...letih jugak ye pindah randah ni. Aku dok umah apartment selama 4 tahun, bayangkan la dh mcm2 aku beli. Dan bersekali la aku ternak mcm2 sampah sarap...hehe.

20 May, 2011

Sorry

Maaf dah lama xupdate blog.

Aku bz sgt2...sgt2 bz.

Sampai sakit2 badan dibuatnye.

Nanti la smpai masa aku update jugak.

12 May, 2011

Lagu oo Lagu

Napelah lagu yang aku suka tu xklua2 plak kt radio. Nak dicari lagu nye xtau plak tajuk lagu, apatah lagi penyanyi nye. Maklumlah omputih nye artis kan. Aku dengar lagu tu masa dok test kasot kt mines masa tu. Kemen suka aku dgau lagu tu, nk mntk kt bdk cashier tu cam segan plak. Adoiyaiii, benci tol la. Dah berhari2 aku tggu lagu tu kuar kt radio.

05 May, 2011

Bila Mei Menjelma

Kesayangan aku :)



Bulan mei dah tiba. Best nye. Sebab bufday aku jatuh bulan mei. Juga bufday anak bujang aku pd bulan yang sama. Dah bole la aku mula meninjau2 kek2 yang dihias cntek2 tok ditempah xlama lagi. Aku tempah skali untuk bufday madihah. Sebab bufday aku n ank2 xjauh mane beza ari nya. Walaupun dalam wishlist aku, nk buat bsday party ank2 kt umah sini, nampaknya mcm xkesampaian. Xpelah, buat kt umah kampung pun okeh jugak. Ingat tahun ni nk try nempah kek mickey n minnie themes. Kang buat kek barbie ke princess ke...kecik ati lak c ammar.

Insya-allah, arap2 sume yang dirancang dipermudahkan oleh Allah.


*hadiah pun nk kena pikir gak ni.adehhh

04 May, 2011

Kualiti Masa

Me n Ammar


Start dari semalam (3 Mei 2011), aku di arahkan balik keje kul 6 petang. Lewat 1 jam dr waktu asal aku balik keje. Memang tu perkara paling xbest yg terpksa aku ikot. Yang sian nye c ammar la. Dia paling last skali budak yang tinggal kt taska. Semalam je lewat 10 menet, cas ot rm5. Xkisah lah bole bayar. Tapi aksi c ammar masa aku smpai kt taska xsama mcmane aku jempot dia sebelum2 ni. Dimana dia akan berlari, mengejar2 aku. Berbeza semalam, dia buat xtau jew. Amik botol susu kt atas meja, pas kat aku then buat dono. Aku dokong tnye dia 'adik marah ibu eh amik adik lmbt?'..dia cuma jwb 'aa' je, tapi muka tetap xpndang. Soh syg skit pun xnk. Terusla aku mncembeng.

Nak xnk, aku terpksa minta mypie ubah jadual keje dia memandangkan dia bekeje sendiri. So waktu balik, mypie akan amik c ammar sementara nk tunggu aku blk n smpai umah lebih kurang 6.30 petang gak. Aku xsampai hati tgk c ammar tinggal sorang2 kt taska, tgk mak2 budak lain sume dh amik anak2nye. Aku xnk dia merajuk2 ngn aku. Biau kite yang majuk ngn anak2, kite sndiri bole pujuk ati, jangan ank2 majuk ngn kite,akan simpan dalam ati. Payah nanti.



* Serba sikit perubahan yang berlaku

Baru :)

Suka je bile bukak blog tgk2 header santek yg dibuatkan oleh cik myra. Kretip sungguh budak comel tu. Ni yg buat aku bertambah gajin nk b'blog slalu. Untuk yang berkenan nk menempah header cute dan murah, bolelah order kt blog myravea.blogspot.com/.