Followers

29 December, 2011

Azam Sepanjang Zaman ;)

Semua perancangan dh ada dalam ni :)
*dah 2tahun beli kalender upin ipin ni

Walaupun ada azam tahun 2011 yang xterlaksana, tapi aku bersyukur masih ada ruang dan peluang yang bole diperbaiki dan tambah pada tahun 2012 nanti. Insya-allah. Aku rasa, pada tahun 2011 rezeki bt aku yang xdisangka2 Allah limpahkan. Alhmdulillah, dapat meniaga kain, tudung, brooch sumenye selamat abis dibeli oleh orang. Xlupa jugak, bisnes buat bergedil frozen yang xputus2 menerima tempahan dan yang paling xsgka, sekitar bulan 3 mcmtu, cek2 kt akaun maybank xtau mane dtgnye duit 800+ masok kt akaun aku. Lagi sekali xsgka, dalam aku tengah nazak mencari duit, yang ketika itu memang betol2 susah idop ni aku rasa, sangkaan hati dlm akaun ada 200+ sahaja baki refund terlebih bayar duit kereta. Skali kemaskini buku, kalah gaji aku sebulan jumlahnya. Gase nk lompat bintang kt kaunter bank tu. Bayangkan dah bertahun2 xpenah cek pun status akaun tu, skali tengok jumlahnya, gase nk pengsan. Syukur Ya-Allah, engkau maha mengetahui apa yang ada dalam hatiku.

Kadang2 kite xjangka nasib kite akan2 datang macamane. Tapi aku punye kehidupan, ibarat roda yang sentiasa berputar tanpa henti. Arini suka, esok datangnya duka. Bila tibe2 tengah susah, tibe2 juga datang kesenangan yang tak dijangka-jangka. Kesenangan itu jugak, bukan untuk aku seorang. Tapi banyak cabang yang aku kena huraikan. Itulah dia pengorbanan dan tanggungjawab.

Seperkara lagi dalam kehidupan aku, bila terjadi satu2 perkara yang diluar kawal, segala hal menjadi sebutan. Sehingga saat itu, reaksi mereka2 yang berkenaan, dah xseperti dulu. Bila dah menyesal dengan kesilapan diri, baru kite akan berubah.Perkara yang tak pernah dijangka aku buat pun, aku dah buat. Bila dipikirkan balik, terlalu rasa "MENYESAL" sangat2. Setiap hari dihantui ketakutan. Tapi hidup harus diteruskan, selagi nyawa belum dijemput pulang.

Keinginan aku pada tahun 2012:


1) Kurus..kurus..dan kurus (wish yang xpenah putus)
2) Menabung duit satu hari RM1, RM5
3) Besday Party Anak2 kat Putrajaya
4) Bercuti dengan family sebab 2011 xde pegi mane2
5) Blackbery / ipad / Samsung Galaxy
6) Bisnes 
7) Nak beli oven ;)

28 December, 2011

Ahli Baru ;)

Insya-allah, lagi 2tahun aku sefamily akan menerima kehadiran ahli keluarga baru. Doakan semuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah.

13 December, 2011

Dah Lama Mengidam





Diaorg ni dh lama mengidam nk pegi alamanda. Asal dihah dtg sini je, msti nk pegi alamanda. Alasan dia, nak beli biskut mahal. Walhal, nk pow g main2 kt games bwh tu. Boleh jd token kena tukar 20 hengget gak la. Tp xpelah, sekali skala...wat kata atoknya, lg setahun bru dtg sini lagi..hahaha.

Semalam, dapatlah la bwk diaorg pegi alamanda, since xde org order bergedil. Lepas makan2 kt food court, terus g kt pusat games sebelah bowling tu. Senang keje, psl xyah nk kejau2 diaorg klau skali lepas. Kt situ senang je, pilih menan ape nk, masok token...layannnn.hehe.




07 December, 2011

Permulaan Yang Kecik :)

12pcs - RM5

Harini, dengan rasmi nye aku nk update 1 bisnes kecik2 molek..iaitu BERGEDIL DAGING FROZEN.
Resepi asli daging+kentang n bahan2 lain, tanpa tambah tepung. Saje suka2 buat meniaga, tambah duit tabung cinonet aku kt opis ni. Dah banyak kali jamu kt kwn2 opis, saje la test market buat jual plak. Tu pun kakak aku yang suggest kan. Termakan gak aku kata2 dia, buat duit belanja, buat tambah2. Kalau org xde nak beli, buat jelah makan sendiri. Kebetulan plak smlm anak buah aku order nk bwk g tempat keje dia. So lebihnye aku buat jual. Dapatlah 4 bekas, n buat skit tok makan sndiri kt opis. Abis 4 bekas tu sekejap je. Syukur.
Tapi alhmdulillah, setakat ni aku dh dpt 10 bekas order. Satu permulaan yang baik.

Sape2 nak oder, bole msg/call aku kt no:0129172306. Setakat ni area putrajaya jelah aku leh anta kt umah/opis. Tapi nk oder tu sehari sblm la. Contoh, kalau nk esok, arini la oder supaya lps keje aku bole beli brg siap2 n terus buat. Esok dh bole anta :)


06 December, 2011

Fun Fair

 Siap mintak 2nd round

 Xtakot lgsg..sabo jela

 Sebelum ketapi tu gerak, ammar ok lagi...
Kengkonon jelah kan..skali dh gerak ketapi tu..nangis xhengattt 

layannn video ammar nangis naik ketapi..hikhik


Minggu lepas, xplan pun sebenarnya nk bwk ank2 g funfair PD. Asalnya keluar g teluk kemang sb nk beli susu n pempes anak2 je. Dah benda ada depan mata, dihah plak seboleh2 nak pegi. Pegi jelah, dr berkicau mulutnye sepanjang jalan. Bukan apa, masa tu ammar pun xsihat sgt. Demam, batuk n selsema. Masa kt funfair tu pun, dihah sorang je yang layan menan2 kt situ. Ammar xnk, dia penakot skit. Apa jelah pun tunjuk kt dia, dia mng xnk. Xtau sejak bila dia jd penakot. Masa time dia ngn dihah naik ketapi pusing kt funfair tu, belum ketapi tu gerak dia ok lg. Sekali dh gerak, dia menangis sakan. Mintak ayahnye amik dia. Adalah 2 kali pusing agaknye, terus bdk yg jaga ketapi tu amik dia bg kt kiteorg. Dihah ada pujuk adiknya, tp xjalan. Aihh la ammar, napelah takot sgt kn.

05 December, 2011

Target



Target sebelum berakhirnya tahun 2011:

1) Beli kain ela (5,6 psg kot..hehe) - buat baju g keje
2) Amik stok kain - teruskan bisnes yang tangguh sementara sb pindah umah aritu
3) Belanja family aku makan2- kate dpt bonus kan...hikhik




02 December, 2011

Maaf, Saya Masih X Puas Hati!

Sume mak, bapak akan melenting kalau anak2 diaorg dilakukan mcm xde mak, bapak!


Jawapan yang aku terima dari pejabat KEMAS tentang kes pembantu kemas halau anak aku amat mendukacitakan. 12/11/2011 aritu, sebelum pegi pilah ada sesi perjumpaan dengan penyelia, cikgu2 n pembantu tadika bersama aku n mypie. Siap la ckgu nya pesan suruh bawa madihah. Perbincangan dimulakan dengan kisah2 pembantu b'citer pada hari kejadian. Memanglah xde sape akan mengaku berak tengah jalan. Mcm tu la jugak pembantu2 tu. Ok fine, dh dgr citer dari pembantu2 tu, aku plak yang bersuara. Memang terkejut penyelia tu dengar penjelasan dari aku. Sebab aku ckp, kes halau keluar dri kelas n kurung madihah dlm bilik air, adalah dua perkara yang berlainan dan bukan dalam masa yang sama. Diaorg seboleh2 la ckp, kawan2 madihah yang kunci pintu dari luar. Then aku bgtau, ada orang dengar madihah menangis2 kena kurung dlm bilik air, boleh panggil dia sekarang klau nak tau betol atau tidak. Lagi sekali berubah air muka masing2.
Tapi, sorok lagi kesalahan diaorg tu. Kononnye ckgu2 pegi rumah ke rumah minta tanda tangan mak bapak. Mintak feedback mengatakan bagus/baik ke tidak pembantu2 ni. Setahu aku, ckgu2 xde pegi umah ke umah pun mntak tandatangan mak, bapak. Diaorg minta time mak,bapak tengah hantar anak2 ke tadika. Bukti? kazen aku kan ada anak sebaya madihah, dialah yang bgtau. Tapi kt situ, sume la mak bapak sain mengatakan pembantu2 ni bagus, baik. Ater klau aku pun akan sain n kata baik. Sebab???? kau gile buatnye kate xbaik, xbagus maunye anak kau diaorg aim, lagi buat mcm2 kan. Kononnye penyelia tu ckp, pembantu2 ni xtau pun ckgu2 ni amik2 tandatangan mak bpk tu. ALASAN!!!
Ok, jalan penyelesaian nya, penyelia tu nak la madihah skolah balik kt situ. Suruh pujuk, then dia sendiri tnya madihah. Dialog antara org dewasa dengan kanak-kanak ye :

penyelia : adik suka cikgu mane?
madihah: cikgu fiza
penyelia: mama awi baik x?
madihah: mama awi jahat, kurung dihah dlm blk air
penyelia: ??terdiam disitu. tp smbg lagi tnya. Nak sekolah kt sini lg x?
madihah: xnak, dihah nk skolah kt maklang je. (dia ari2 ikot kakak aku pegi skola, sementara tggu mak aku blk dr buat terapy kt PD)

Perbualan diaorang memang aku n mypie xde menyampuk pun. Memang penyelia ada minta aku pujuk madihah suruh sekolah balik. Tapi jawapan aku, 'saya mungkin sekolah madihah kt tempat lain pada tahun hadapan. Yelah puan, kita manusia ni rambut sama hitam, hati lain2. Bagi pihak sy dan suami, kami xde masalah dengan cikgu-cikgu, cuma dengan pembantu saya arap tolong jaga percakapan dan perbuatan terutama sekali dengan mak dan ayah saya. Diaorang yang jaga madihah, hantar dan amik madihah kt sekolah sejak 7bulan yang lepas. Diaorang yang tengok ape yang berlaku. Memang xdinafikan anak saya memang nakal, tapi cara mengajar dia bukan dengan menghalau dan kurung dia dalam bilik air sampai dia serik nak pegi sekolah.
Entah bila aku benti ckp pun aku xtau. Cuma ckp aku tu disampuk oleh pnyelia bila dia cadangkan soh skolahkan madihah kt uniti. Aku just kata, insya-allah. Sebab yang sebenarnya, aku dah daftarkan dia kt skolah lain pun. Sesi perdamaian tu, penyelia minta pembantu2 tu minta maaf dengan aku n mypie. Tapi smpai part kt cikgu fiza, aku gase mcm sebak. Macam orang xtau, aku ni kan cengeng, Aku cakap :

aku:saya minta maaf bg pihak ank saya klau selama dia dalam kelas cikgu, dia terlalu nakal n buat ckgu hilang sabar dengan dia.
cikgu : xde, saya pun minta maaf juga.
aku: dan saya harap, cikgu HALALkan segala ilmu yang ckgu dah beri pd anak sy (start termemek2)
cikgu: pun sama termemek2

Entah, aku malas nk ckp lebih2 sebenarnya. Sebab, lepas ni anak aku pun dh xskolah kt situ lagi. Then aku pun xnak benda mcmni berpanjangan, berlarutan tanpa ada penyelesaian. CUMA, aku xnak bila aku balik kampung, kakak2 n mak aku mengadu 'tadi nampak dengan c awi, mcm nk ditelannye aku ni'. Aku xnk ada permusuhan. Yang lepas, lepas. Jawapan kemas bg kt aduan aku, ialah :


'Siasatan juga mendapati tidak berlaku situasi/keadaan seperti yang didakwa.'


Part ini yang aku xpuas ati. Kenapa pulak tibe2 keluar perkataan 'tidak berlaku situasi/keadaan seperti yang didakwa???'

Kang kalau aku jawab balik, Tidak puas hati dengan jawapan KEMAS, maunye kena mengadap balik semula kan. Tapi xpelah, mcm yang aku ckp, yang dh lepas, lepas la. Nanti2 beringatlah.

01 December, 2011

Kemainnnn


Ni time madihah datang umah sini 2 minggu lepas. Kemain dia baik ati main kuda2 ngn adik dia. Mcmlah awak tu kuat sangat. Yang si adik tu pun mengikut jelah arahan kakaknya. Tapi tu time baikkkkkkkk nye la kan. Cuba klau mood xbaik, siap adiknya dia ganyam2. Pening aku nak layan kerenah masing2.

Makaroni Sup



Actually, dah lama nk try buat makaroni sup ni. Lagipun, bukan ada pengemar nk mkn style omputih ni melainkan aku ngn ammar je. So buat la skit je, tapi tu pun gase cm bnyak, bagilah semangkuk kt jiran sebelah umah.


Bahan-bahannya:

1/2 ekor sotong potong bulat
6 ekor udang-buang kulit
Isi ayam
1 batang pokok sawi.
1/2 batang celery
3 ulas bawang putih-ketuk
1/2 batang karot-potong bulat.
Sedikit daun sup
1 cawan macaroni 
Sedikit bawang goreng.
1 ketul kiub  ayam
1 sudu kecik serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:

Rebus makaroni terlebih dahalu, kemudian toskan airnya.

 Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya. Masukkan 3 cawan air .Biarkan mendidih baru masukkan sotong,udang,ayam, kiub ayam,serbuk lada hitam ,garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi.
Hidang makaroni dan sup bersama potongan daun bawang dan bawang goreng.

* masa masak makaroni sup ni, terbuat skali ngn bergedil. Lagi mantopppp makan ngn bergedil.
*Ulang tayang menu masakan kt kampung sb dh muak asyik mkn nasi je.