Followers

17 November, 2011

Kedatangan Si Sakit

Dah lama xsakit teruk-teruk, dah lama juga xdatang2 si bulan jatuh ke riba tu. Ahad lepas memang hari paling sakit untuk aku. Kalah sakit nak beranak aku rasa. Puncanya sakit T*T*K aje yang biasanye akan hilang dalam seari lepas aku tuam dengan air panas yg diisi dlm botol. Tapi ahad tu datang sekali dengan demam serta merta dan tangkap segala anggota badan aku. Dengan kepala pening yang terlampau, pinggang gase nk tercabut, kaki xbole gerak, kebas n seakan2 lumpuh sekejap. Nak bangun pegi toilet pun xterdaya. Makan ubat demam, bile dh kebah barulah aku dapat bangun, mandi n makan. Tu pun kepala xgak ilang sakit mahupun sakit T*T*K tu berdenyut2.
Isnin, gagahkan jugak pegi opis, nak cari penganti dan settlekan skit keje2 yang nak submit kt bos. Pukul 9 terus pegi klinik. Betapa azabnya tunggu turn terlalu lama nk dpt jumpe doktor. Tunggu lebih kurang 1jam tu macam2 dah aku rasa, kaki dah mula kebas dan rasa nk baring je. Dah sampai turn aku, citer lah sejarah aku mula mendapat sakit T*T*K ni bila n sume. Bila disuruh baring, dan doktor tekan2 kat bahagian yang sakit, rasa nk melompat punyalah sakit. Aku xingat ape nama penyakit tu, tapi lebih kurang mcm ni :

"Ramai wanita sering merasa sakit dan pedih payudara masing-masing. Ia dipanggil 'mastalgia'. Ia boleh datang dan pergi setiap bulan dengan kedatangan haid. Ia juga mungkin hadir bila-bila masa. 'Cyclic breast pain' ialah sakit pada payudara yang biasa terjadi. Ia mungkin disebabkan oleh perubahan hormon setiap bulan. Sakit ini biasanya terjadi kepada kedua-dua belah payudara. Ia digambarkan dengan rasa berat dan pedih pada bahagian ketiak dan lengan. Ia terjadi sebelum haid dan akan berhenti sebaik sahaja haid selesai"

Selesai jumpa dktor, dapat mc 2 hari. Balik rumah, makan roti laju2 terus makan ubat n tido. Aku rasa, hari tu la paling lama aku dapat tido 'tanpa ganguan' dari pkl 11 sampai pkl 4 petang. Rehat bagi orang sakit, xsama rasanye rehat bagi orang yang sihat. Bangun tido pun, rasa sakit pala juga, sakit T*T*K masih ada, cuma bisa2 satu badan ilang. Sehingga ke hari ni (Khamis) sakit T*T*K ni masih ada lagi, cuma xdelah sesakit yang mula2 sampai. Dalam setahun, sakit T*T*K ni pasti akan sampai sekali atau plg tidak 2 kali. Cuma kali ni datangnya serentak dengan bisa2 satu badan dan membuatkan aku seakan2 lumpuh seketika.
Harap2nya, sakit ni xberulang lagi.

*Nak buat pemeriksaan mammogram minggu ni. Insya-allah.

No comments: