Followers

02 December, 2011

Maaf, Saya Masih X Puas Hati!

Sume mak, bapak akan melenting kalau anak2 diaorg dilakukan mcm xde mak, bapak!


Jawapan yang aku terima dari pejabat KEMAS tentang kes pembantu kemas halau anak aku amat mendukacitakan. 12/11/2011 aritu, sebelum pegi pilah ada sesi perjumpaan dengan penyelia, cikgu2 n pembantu tadika bersama aku n mypie. Siap la ckgu nya pesan suruh bawa madihah. Perbincangan dimulakan dengan kisah2 pembantu b'citer pada hari kejadian. Memanglah xde sape akan mengaku berak tengah jalan. Mcm tu la jugak pembantu2 tu. Ok fine, dh dgr citer dari pembantu2 tu, aku plak yang bersuara. Memang terkejut penyelia tu dengar penjelasan dari aku. Sebab aku ckp, kes halau keluar dri kelas n kurung madihah dlm bilik air, adalah dua perkara yang berlainan dan bukan dalam masa yang sama. Diaorg seboleh2 la ckp, kawan2 madihah yang kunci pintu dari luar. Then aku bgtau, ada orang dengar madihah menangis2 kena kurung dlm bilik air, boleh panggil dia sekarang klau nak tau betol atau tidak. Lagi sekali berubah air muka masing2.
Tapi, sorok lagi kesalahan diaorg tu. Kononnye ckgu2 pegi rumah ke rumah minta tanda tangan mak bapak. Mintak feedback mengatakan bagus/baik ke tidak pembantu2 ni. Setahu aku, ckgu2 xde pegi umah ke umah pun mntak tandatangan mak, bapak. Diaorg minta time mak,bapak tengah hantar anak2 ke tadika. Bukti? kazen aku kan ada anak sebaya madihah, dialah yang bgtau. Tapi kt situ, sume la mak bapak sain mengatakan pembantu2 ni bagus, baik. Ater klau aku pun akan sain n kata baik. Sebab???? kau gile buatnye kate xbaik, xbagus maunye anak kau diaorg aim, lagi buat mcm2 kan. Kononnye penyelia tu ckp, pembantu2 ni xtau pun ckgu2 ni amik2 tandatangan mak bpk tu. ALASAN!!!
Ok, jalan penyelesaian nya, penyelia tu nak la madihah skolah balik kt situ. Suruh pujuk, then dia sendiri tnya madihah. Dialog antara org dewasa dengan kanak-kanak ye :

penyelia : adik suka cikgu mane?
madihah: cikgu fiza
penyelia: mama awi baik x?
madihah: mama awi jahat, kurung dihah dlm blk air
penyelia: ??terdiam disitu. tp smbg lagi tnya. Nak sekolah kt sini lg x?
madihah: xnak, dihah nk skolah kt maklang je. (dia ari2 ikot kakak aku pegi skola, sementara tggu mak aku blk dr buat terapy kt PD)

Perbualan diaorang memang aku n mypie xde menyampuk pun. Memang penyelia ada minta aku pujuk madihah suruh sekolah balik. Tapi jawapan aku, 'saya mungkin sekolah madihah kt tempat lain pada tahun hadapan. Yelah puan, kita manusia ni rambut sama hitam, hati lain2. Bagi pihak sy dan suami, kami xde masalah dengan cikgu-cikgu, cuma dengan pembantu saya arap tolong jaga percakapan dan perbuatan terutama sekali dengan mak dan ayah saya. Diaorang yang jaga madihah, hantar dan amik madihah kt sekolah sejak 7bulan yang lepas. Diaorang yang tengok ape yang berlaku. Memang xdinafikan anak saya memang nakal, tapi cara mengajar dia bukan dengan menghalau dan kurung dia dalam bilik air sampai dia serik nak pegi sekolah.
Entah bila aku benti ckp pun aku xtau. Cuma ckp aku tu disampuk oleh pnyelia bila dia cadangkan soh skolahkan madihah kt uniti. Aku just kata, insya-allah. Sebab yang sebenarnya, aku dah daftarkan dia kt skolah lain pun. Sesi perdamaian tu, penyelia minta pembantu2 tu minta maaf dengan aku n mypie. Tapi smpai part kt cikgu fiza, aku gase mcm sebak. Macam orang xtau, aku ni kan cengeng, Aku cakap :

aku:saya minta maaf bg pihak ank saya klau selama dia dalam kelas cikgu, dia terlalu nakal n buat ckgu hilang sabar dengan dia.
cikgu : xde, saya pun minta maaf juga.
aku: dan saya harap, cikgu HALALkan segala ilmu yang ckgu dah beri pd anak sy (start termemek2)
cikgu: pun sama termemek2

Entah, aku malas nk ckp lebih2 sebenarnya. Sebab, lepas ni anak aku pun dh xskolah kt situ lagi. Then aku pun xnak benda mcmni berpanjangan, berlarutan tanpa ada penyelesaian. CUMA, aku xnak bila aku balik kampung, kakak2 n mak aku mengadu 'tadi nampak dengan c awi, mcm nk ditelannye aku ni'. Aku xnk ada permusuhan. Yang lepas, lepas. Jawapan kemas bg kt aduan aku, ialah :


'Siasatan juga mendapati tidak berlaku situasi/keadaan seperti yang didakwa.'


Part ini yang aku xpuas ati. Kenapa pulak tibe2 keluar perkataan 'tidak berlaku situasi/keadaan seperti yang didakwa???'

Kang kalau aku jawab balik, Tidak puas hati dengan jawapan KEMAS, maunye kena mengadap balik semula kan. Tapi xpelah, mcm yang aku ckp, yang dh lepas, lepas la. Nanti2 beringatlah.

1 comment:

Aleeya (Yaya) said...

laa nape dorg kurung dihah ja?uish melampau tu ..agak2 le pun..geram je dengo..