Followers

Showing posts with label Mysis. Show all posts
Showing posts with label Mysis. Show all posts

14 May, 2009

Perjalanan Yang Indah

...Kak ngah, baju n tudung hitam...

Pukul 3.30 pagi tadi, kakak aku yg 2nd telah selamat brlepas buat umrah. Kali ni dia pegi dengan adik iparnya sahaja. Petang semalam, dia datang ke rumah aku yang kebetulan mak dan abah ada disini. Banyak doa yang aku kirimkan. Terutama skali keselamatan aku dalam menunggu hari untuk bersalin ni. Dan dia ada jugak brpesan pd aku 'walau siapa pun yg kite jumpa,walau dgn siapa pun yang kite berurusan, selalulah brsangka baik dengan mereka. Insya-allah, Tuhan akan beri kemudahan pada kita'....aku simpan kata2 ni untuk pnduan idop aku. Aku jugak doakan, semoga kakak aku selamat tiba dan selamat kembali kesini. Semoga apa yang di hajatkan, dimakbulkan Allah. Satu perjalanan yang indah bila kite dekat dengan Allah...