Followers

19 August, 2009

Happy Besday Abah

myabah

19 Ogos 1938....tarikh lahir abah aku. Kini usianya genap 71 tahun. Kalau perbualan antara aku dengan kakak2, kiteorang lebih mesra mengelarkan abah dengan panggilan ayahanda. Disebalik wajah seriusnya itu, terpamer kelembutan dan sentuhan yang kadang2 aku dan kakak2 yang lain xberani ingkar segala kate2nya. Aku amat jarang skali becerita tentang abah dalam blog aku ni. Hari ni, sempena hari istimewanya aku nk mencoretkan serba sedikit tentang abah. Bagi aku, abah sangat memahami anak2nya. Abah merupakan orang yang terbaik untuk aku meluahkan segala perasaan aku. Dikala aku sedih, dikala aku punyai masalah yang terlalu kusut untuk diselesaikan, pada abah jugaklah tempat aku mengadu nasib, menangis, meratap hiba. Dan bila aku tnya 'bah nape sume ni jadi pd kite'...dia akan jawab 'benda dh jadi, xelok ungkit lagi...bnyk2lah bersabau'....Abah tu nampak aje diam, tapi skali dia brcakap...segala ape yang dikatakannya tu punyai maksud yang tersirat dan tersurat. Kadang2 aku ckp ngn kakak aku, kalau mak yang kate jangan pegi...aku pegi jugak...tapi kalau abah kate jangan pegi...memang aku xberani nk pegi. Sebab apa yang di larang abah, ada sesuatu yang bisa mnyebabkan aku sesal. Bukan abah tuhan yang punyai kuasa menentukan sesuatu kejadian, tetapi kata2nya tu ada baik, buruknya. Dan baru2 ni bila aku menyuarakan hasrat hati aku nk mengambik mardihah...satu je yang buat aku berpikir panjang dan sekaligus xsampai hati nk meneruskannya 'kalau kau amik jugak mardihah, xtaulah ape akn jadi pada aku'...aku xtau ape akan jadi jika suatu hari nanti abah xde disisi kami. Setiap doaku, aku harap tuhan tidak mengambil lagi nyawa abah...kerna masih banyak perkara yang aku xdapat lakukan untuk dia. Terutama skali untuk buat dia senyum dan berasa tenang melihat perjalanan hidup aku. Walau aku sembunyi duka dan sedih diri aku ni, namun abah bole baca pada raut wajah aku. Sampaikan aku ckp ngn kak ngah, agknya muka ni memang nampak muka susah aje. Hari ni, esok, lusa dan sehingga akhirnya aku harap abah masih lagi menjadi idola hatiku. Yang boleh aku menumpang kasih sayang yang terhingga nilainya.

................................. Dah lah, aku seperti xbole meneruskan lagi cerita tentang abah disini. Sekarang pun, dh berjurai2 air mata aku mngalir...cuma yang aku harapkan, semoga hari2 yang mendatang aku masih dapat menatap wajah abah, menceriakan hari2nya, kerna masih ada banyak lagi yang belom dapat aku balas segala jasa2nya pada aku. Untuk abah, aku doakan semoga tuhan panjangkan umurnya, sihatkan tubuh badanya, peroleh rezeki yang melimpah ruah, dan bahagia menjalani kehidupan seharian bersama mak, anak2 dan cucu2.

5 comments:

Dee said...

happy birthday to ur abah..moga diberi kesihatan yg baik...amin..

nfaw83 said...

hepi besday to my dearest bapak sedara'poklong'..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..memang muka cm serious..tapi baik hatinya!!

lulujunior said...

hepi besday Pakcik.
mama, kehilangan ayah, sampai hari ini masih aku tangisi.

nmmy84 said...

hepi besday utk uncle Ali :)

Ada Ayrissa said...

hepi besdah abah..
moga gembira selalu bersama cucu2 yg chomel!