Followers

28 October, 2009

Tips Menambahkan Susu Badan

Kat sini aku nak share skit la bg ibu2 n bakal ibu yg nk bf baby nnt. Dan untuk rujukan aku jugak. Aku dapat info ni kt blog ibutegar fully bf anaknya.http://sereniety.blogspot.com/ banyak tips2 yang aku dpt kt situ...bnyk lg web2 yg citer psl bf ni...kena rajin menggali la. Ape pun beberapa tips kt bwh ni bnyk yang aku dh cuba untk tmbahkan susu badan aku.

Pemakanan:
Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.

Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.


Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
Kacang buncis
Kentang
Daging
Sayur Petola
Ulaman
Roti (segala jenis roti especially roti planta)
Cheese
Sup papaya
Buah Kurma
Kobis
- masak air
Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure

Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.


Minuman Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari,masak asam pedas. Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
Amalkan minum milo/nestum/horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
NESVITA (campur oat)
Rebusan bunga kobis
air kelapa
Jus pegaga
air sengkuang cina
spirulina
daun betik
-rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.




Supplement (Bole dapatkan di Sayang Baby Ibu)

Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.



GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.


Pil ASI

Melilea Greenfield Organic

Melilea Organic Soya Drink
Yang ni aku penah cuba..mng trnyata brkesan..sedap pun sedap gak...lemak2 je..susu pun pekat
Organic Henry
Bidadari DCL
Minyak Habatussauda DCl
Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
omega 3
obimim kalsium vitamin c
Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan1)
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression) p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply

Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering.
jgn minum teh/nescafe tau.....mkn supplement, jgn tinggal Ubat

Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.Tip memperbanyakkan susu:Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.

WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"
(Yang ni sanggup xsanggup je la kan..)

Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

9 comments:

@e_da said...

Haja thanx so much... mmg betul apa yg ada dalam tips2 ni.. haritu akak makan bubur kacang mak aih kemain banyak susu.. asikla nak mengepam jek..

Dee said...

cayalah..rajinnya google eh..

Mek Rose said...

salam singgah..terbang dari blog kak dee..heheh..

besnya petua2 ni..setakat ni sy just makan kurma, minum anmum & air banyak2..

minum sengkuang cina dalam tin tu leh juge ye? tak manis ka?

hehe..kita link akak k...:-)

Mek Rose said...

kita baru tgk ur profile..lebih muda dari kita upenye..setahun je pon kan kan kan...

ok..i just follow u...:-)

Mawaddah said...

rajinnye ko ye mama.klu aku blh tak amalkan.wakakaka :P~ saje carik nahas.hihi

Shamzie74 said...

wahai mek ajai..perhhh byk betulll yeww tips2 nyeww...
kalau lah mek nyusu kan boboy mek lagi akn ku ikut tipz ni haaaa
thanks,,,dapat berkongsi bersama2 rakan disini..emmmm
tipz utk melicin dan mengebukan muka mcm muka mu ada tak?....hehehehehe

Cik Puan*PIE said...

aeda:stakat ni bubur kacang blom penah mkn lg...nnt nk try gak lah..tgk hasilnya cmner
Dee:nk yg trbaik kenalah mngali..huhu
rose:ni blog myhubby, umo kite bru25. sngkuang cina tu leh tmbah ngn air suam if rasa manis sgt

Cik Puan*PIE said...

nmmy84:ko nk amalkan??ko biau benau wadah...tp kot da ada isinya bole gak buat tmbahan ilmu
aziesham:mek oiii, acik ni ha idak le ada tips ke petua nk mngebukan muka mahupun melicinkan muka. gase2kan...acik idak memakai ape2 jenis pncuci muka pong..itulah aje krim muka safi...lain nan ado..kdg2 xpakai bedak ke ape g keje..pucat lesi okehh...xcunnnngggg...hehe

Mawaddah said...

klu ada satu mase nnt aku praktik ko punye ilmu ni ma.confirm!hehe