Followers

29 December, 2011

Azam Sepanjang Zaman ;)

Semua perancangan dh ada dalam ni :)
*dah 2tahun beli kalender upin ipin ni

Walaupun ada azam tahun 2011 yang xterlaksana, tapi aku bersyukur masih ada ruang dan peluang yang bole diperbaiki dan tambah pada tahun 2012 nanti. Insya-allah. Aku rasa, pada tahun 2011 rezeki bt aku yang xdisangka2 Allah limpahkan. Alhmdulillah, dapat meniaga kain, tudung, brooch sumenye selamat abis dibeli oleh orang. Xlupa jugak, bisnes buat bergedil frozen yang xputus2 menerima tempahan dan yang paling xsgka, sekitar bulan 3 mcmtu, cek2 kt akaun maybank xtau mane dtgnye duit 800+ masok kt akaun aku. Lagi sekali xsgka, dalam aku tengah nazak mencari duit, yang ketika itu memang betol2 susah idop ni aku rasa, sangkaan hati dlm akaun ada 200+ sahaja baki refund terlebih bayar duit kereta. Skali kemaskini buku, kalah gaji aku sebulan jumlahnya. Gase nk lompat bintang kt kaunter bank tu. Bayangkan dah bertahun2 xpenah cek pun status akaun tu, skali tengok jumlahnya, gase nk pengsan. Syukur Ya-Allah, engkau maha mengetahui apa yang ada dalam hatiku.

Kadang2 kite xjangka nasib kite akan2 datang macamane. Tapi aku punye kehidupan, ibarat roda yang sentiasa berputar tanpa henti. Arini suka, esok datangnya duka. Bila tibe2 tengah susah, tibe2 juga datang kesenangan yang tak dijangka-jangka. Kesenangan itu jugak, bukan untuk aku seorang. Tapi banyak cabang yang aku kena huraikan. Itulah dia pengorbanan dan tanggungjawab.

Seperkara lagi dalam kehidupan aku, bila terjadi satu2 perkara yang diluar kawal, segala hal menjadi sebutan. Sehingga saat itu, reaksi mereka2 yang berkenaan, dah xseperti dulu. Bila dah menyesal dengan kesilapan diri, baru kite akan berubah.Perkara yang tak pernah dijangka aku buat pun, aku dah buat. Bila dipikirkan balik, terlalu rasa "MENYESAL" sangat2. Setiap hari dihantui ketakutan. Tapi hidup harus diteruskan, selagi nyawa belum dijemput pulang.

Keinginan aku pada tahun 2012:


1) Kurus..kurus..dan kurus (wish yang xpenah putus)
2) Menabung duit satu hari RM1, RM5
3) Besday Party Anak2 kat Putrajaya
4) Bercuti dengan family sebab 2011 xde pegi mane2
5) Blackbery / ipad / Samsung Galaxy
6) Bisnes 
7) Nak beli oven ;)

2 comments:

Ida Naziri said...

semoga keinginan haja tercapai. bab menabung tu bagus.

nak kurus...roger2 kak ida ehem 2x eheheh

cujern said...

harap2 semua azam ko tercapai tahun ni.. aku pun start menabung RM5 sehari... then puasa isnin khamis..insyaallah