Followers

01 August, 2013

Ayam Panggang Paling Sedap Juicy dan Mudah

Minggu-minggu terakhir ramadhan, menu simple dan kalau bole sejenis lauk je. Tu pun dh cukup. Kali ni nak berkongsi lagi satu resepi ayam panggang yang mudah dimasak, lembut dan juicy. Sesuai di makan begitu shj, makan dengan nasi atau makan dengan roti.

Ayam panggang di makan bersama roti nan cheese


Bahan :

1 ekor ayam - sederhana besar

Bahan Kisar:

Cili merah - 2 biji
Bawang besar - 2 biji 
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 2 inci
Ketumbar - 1 sudu
Jintan manis - 1 sudu
Jintan putih - 1 sudu

Bahan sampingan :

Daun pandan
Serai - 2 batang (di ketuk)
Cili padi - 5-10 tangkai (di tumbuk kasar)
Asam keping - 1 keping
Gula melaka - 2,3 sudu
Santan - 1 peket
Garam
Perasa


Cara-cara :

1 ekor ayam di belah empat (4) cuci bersih dan toskan airnya. Kisar kesemua bahan kisar hingga lumat dan betul-betul halus. Panaskan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar dan masukkn daun pandan serta serai yang telah diketuk, masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan ayam yang telah di kerat 4. Masak sehingga ayam empuk atau lebih kurang 20-25 minit. Masukkan cili padi dan asam keping. Setelah ayam empuk, masukkan santan kacau hingga sebati. Masukkan garam, gula melaka dan perasa jika suka. Kacau lagi hingga ramuan sebati. 

Ayam diletakkan diatas dulang pemanggang beserta kuah
Panaskan oven pada suhu 180c. Letakkan ayam di atas dulang pemanggang dan curahkan sedikit kuah yang di masak td. Panggang ayam selama 30 minit atau ikut citarasa garing yang disukai. Setelah masak, ayam boleh di potong kecil dan curahkan lebihan kuah keatas ayam.

*masak menggunakan gula melaka lagi sedap drpd menggunakan gula pasir. Manis nya x sama. Ayam panggang ni ada 3 rasa. Manis, masin, masam2 skit saje.

1 comment:

cujen lejen said...

wei, sedapnyeeeeee....anto la kat umah aku sket