Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

01 August, 2013

Ayam Panggang Paling Sedap Juicy dan Mudah

Minggu-minggu terakhir ramadhan, menu simple dan kalau bole sejenis lauk je. Tu pun dh cukup. Kali ni nak berkongsi lagi satu resepi ayam panggang yang mudah dimasak, lembut dan juicy. Sesuai di makan begitu shj, makan dengan nasi atau makan dengan roti.

Ayam panggang di makan bersama roti nan cheese


Bahan :

1 ekor ayam - sederhana besar

Bahan Kisar:

Cili merah - 2 biji
Bawang besar - 2 biji 
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 2 inci
Ketumbar - 1 sudu
Jintan manis - 1 sudu
Jintan putih - 1 sudu

Bahan sampingan :

Daun pandan
Serai - 2 batang (di ketuk)
Cili padi - 5-10 tangkai (di tumbuk kasar)
Asam keping - 1 keping
Gula melaka - 2,3 sudu
Santan - 1 peket
Garam
Perasa


Cara-cara :

1 ekor ayam di belah empat (4) cuci bersih dan toskan airnya. Kisar kesemua bahan kisar hingga lumat dan betul-betul halus. Panaskan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar dan masukkn daun pandan serta serai yang telah diketuk, masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan ayam yang telah di kerat 4. Masak sehingga ayam empuk atau lebih kurang 20-25 minit. Masukkan cili padi dan asam keping. Setelah ayam empuk, masukkan santan kacau hingga sebati. Masukkan garam, gula melaka dan perasa jika suka. Kacau lagi hingga ramuan sebati. 

Ayam diletakkan diatas dulang pemanggang beserta kuah
Panaskan oven pada suhu 180c. Letakkan ayam di atas dulang pemanggang dan curahkan sedikit kuah yang di masak td. Panggang ayam selama 30 minit atau ikut citarasa garing yang disukai. Setelah masak, ayam boleh di potong kecil dan curahkan lebihan kuah keatas ayam.

*masak menggunakan gula melaka lagi sedap drpd menggunakan gula pasir. Manis nya x sama. Ayam panggang ni ada 3 rasa. Manis, masin, masam2 skit saje.

22 July, 2013

Nasi Briani Pakistan


Nasi Briani Pakistan versi dan style aku


Bulan puasa, kita nak masak yang special2 pun mesti tggu wiken sb masa untuk menyediakan bahan-bahan ada masa yang panjang dan kita releks nak cuba pelbagai resepi. Sabtu baru-baru ni, setelah selongkar blog Amie's Little Kitchen, sekali lagi tertarik dengan menu yang di update iaitu Nasi briani Pakistan. Secara peribadi, aku memang jarang makan nasi briani kalau x kena dengan selera. Penah skali cuba makan, tapi lauk yang dimasak tidak menepati selera. Tapi bila tengok step by step penyediaan bahan-bahan dan cara masakan tu telah memikat hati untuk mencuba resepi ini. Alhamdulillah, pertama kali memasak menu briani pakistan ni, ternyata mendapat sambutan dan pujian daripada keluarga. Ternyata sedap dan ayam yang sangat lembut.

Resepi dan cara-cara penyediaan uols bolelah berkunjung ke blog asal iaitu Azie Kitchen . Resepi yang kita boleh cuba dan sesuai dijadikan juadah tak kira majlis apa pun. Dan menu ini telah di cadangkan oleh keluarga aku untuk dijamu kepada tetamu sempena dua hari raya nanti. Insya-Allah.

Resepi ini juga aku derhaka skit. Dalam menu asal disediakn juga salad dn sos yogurt. Tapi atas permintaan semua, mereka memilih acar timun + karet dan aku tambahkn lagi selera dengan tomato + cili api di blender kasar. Kita orng malaysia, mana bole lari dgn kepedasan. Xpedas, xsedap la kan...tapi maaf, gambar acar dan tomato cili api tak sempat nak snap...dh waktu berbuka puasa time tu. Next time ye




16 July, 2013

Nasi Ayam + Ayam Masak Ungkep

Semalam, juadah berbuka puasa untuk kami sekeluarga, ialah nasi ayam dan ayam masak ungkep. Jalan-jalan ke satu blog ke satu blog, akhirnya terpukau dengan resepi dari blog Amie's Little Kitchen . Sangat teruja dan rasanya semua bahan-bahan ada di rumah. Meh sy sharekan sekali lagi resepinya. Bagi mereka yang tak tahu nk masak apa untuk berbuka bolehlah ke blog Kak Amie untuk cari ilham. Thanks kak mie, share resepi yang sgt sedap ni. Saya mohon untuk share disini.

Ini versi kak Amie, rupa pun dh memikat qolbu


Resepi : Nasi Ayam 
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.

Resepi : Ayam Ungkep (Masakan tradisi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor)
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 helai daun salam - saja Amie tambah, sebenarnya orang kampung kami tak gunakan daun salam

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
sejemput ketumbar biji
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi 

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai ( dan daun salam) dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Kali ini Amie tambahkan 4 biji telur rebus dalam masakan Ayam Ungkep. Amie masukkan telur rebus di pertengahan proses mengungkep ketika kuah sedang mendidih untuk menjadi pekat. 



Dan yang ni, versi masakan aku semalam. Serius, sedap sangat. Dan percubaan pertama ini telah mendapat pujian dari suami dan anak-anak buah. Terima kasih la sangat.






Ikan Siakap Steam Chinese Style

Hari ni nk kongsi satu resepi yang simple aje. Senang nk disediakan, dan bahan-bahanya pun mudah. Actually resepi ni aku olah skit dari yang aku penah makan masa join seminar PA bln April lepas. Yang tu memang sedap dn terangkat la. Tapi xpe, satu hari nnt aku pasti akn try jugak resepi dan cara-cara masakan mcm tu. Ni pun pndai-pandai je aku letak nama chinese style ek..hehehe.


Bahan-bahan:

Ikan siakap - 1 ekor
Bawang putih - 5 ulas (Hiris nipis)
Bawang besar - 1 biji (Hiris halus)
Kicap cair - 1 sudu
Kicap soya- 1 sudu
Halia - 2 inci (hiris)
Cili Merah - hiris
Cili Api (5-6 biji) - belah tengah
Perahan Lemon
Daun sup
Daun Bawang
Garam
Perasa

Cara-cara :

Bersihkan ikan kemudian kelar bhgian badan. Taburkan sedikit garam dikedua-dua bahagian ikan kemudian kukus. Apabila ikan hampir masak, ambil perahan lemon dan curahkan ke atas ikan. Tunggu dalam 2-5 minit supaya lemon serap ke ikan dan tutup api, asingkan ikan kedalam bekas yang sesuai.

Guna sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. Kemudian masukkan kicap soya, kicap cair dan sedikit air. Apabila hampir layu, masukkan halia, garam dan perasa jika suka. Kuah tersebut boleh dicurahkan ke atas ikan ketika masih panas-panas. Taburkan daun sup, daun bawang.
Siap untuk dihidangkan.




07 August, 2012

Resepi: Ketam Masak Telur Asin

Seyes...dh lama aku mncari resepi ni. Memang tingin sgt2 nk makan...then trnmpk komen kt kwn aku pnya FB...mntk tlg dia copy paste resepi dr kawan dia..then aku bole plak xt'pikir, ape guna google yg selama ni ape yang aku nk cri mesti jumpa. So, lps dh dpt resepi dr kawan aku tu..aku google la resepi ketam masak telur asin ni...dn aku tpikat dgn satu resepi ni then kt kmpg, beli ketam and masak untuk b'buka puasa. Alhamdulillah...sume org suka n ckp sedap melampau2...hikhik. Resepi ni aku ada oter skit2 ikot selera ank tekak aku...aku tmbah bawang putih, bwg besar hiris2 halus...resepi asal..xde.



Bahan-bahan:

·         3 ekor ketam bunga (yang besar)
·         5 biji kuning telur masin
·         5/6 batang cili padi (dihiris halus)
·         Bawang putih & bawang merah – hiris halus 
·         2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
·         2 sudu makan mentega
·         3 sudu makan susu cair
·         2 sudu teh gula -
·         garam & lada sulah secukupnya
·         Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  • Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
  • Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kuning telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan.
  •  Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan
  •  Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng bawang putih, bawah besar. cili padi & daun kari hingga wangi.
  • Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hingga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
  • Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
* kuning telur asin mng kegilaan aku n madihah...brlawan2 mkn buka puasa sbtu lepas..




27 July, 2012

Resepi Ayam Percik

Gambo yg potret kasih punya
ni gambo versi aku...guna kamera hp je..klau kamera sure wane memikat qolbu :)

Bulan puasa ni, macam2 resepi plak nak cuba...satu ari satu resepi baru :). Menu semalam, puasa yang ke 6 aku masak : ayam percik, ikan pari asam pedas, dan sayur campur. Masa dok tayang gambr ayam percik kt FB, ada yang request resepi, terutama untuk kazen ku yang di penang tu,  ILA.... nnt dh buat sila tayang k :)Cari2 resepi, terjatuh hati dengan resepi ni...time kasih pada POTRET KASIH. 


Bahan-bahan 

1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan ) 
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar) 
1  inci halia (dikisar) 
1 inci  kunyit hidup ( dikisar ) 
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
3 -4 biji buah keras ( dikisar ) 
2 sudu besar cili kisar
500ml santan 
1 keping asam gelugur 
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah 
Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur. 2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air. 3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih. 4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya. 5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak. 6. Setelah ayam 3/4 masak  keluarkan ayam tadi  dan ketepikan. 7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat. 8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit. 9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi…. 10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.* aku derhaka skit kt resepi ni...aku rebus ayam dulu dengan halia, kemudian baru masukkan ke dalam kuah...ayam jd lembut dan gebu....

Selamat mencuba