Followers

19 November, 2013

Moga Dipermudahkan

Tengok...beso nye perot aku...

Setelah dapat surat perlu refer ke hospital, aku xterus pegi pn. Balik umah mcm xde perasaan je hari tu. Risau dan mula pk yang bukan2. Tapi sebab pk kan bukan diri aku sorang2, maka 14 Nov terus gerakkan badan dan kaki melangkah untuk berjumpa dengan doktor pakar. Hati berbelah bagi nak ke hospital serdang atau ke An-nur, Bangi. Disebabkan pegi check up sorang2....makan pilihan hati terus memandu ke An-nur. Sekurang2nya jumpa doktor pakar dan mgkin akan ada prosedur dan tips yg dia boleh bagitahu. Kali ni tak mengambil masa yang lama untuk sampai turn aku. Pagi tu takda yang nk bersalin kot...hehe. Sampai turn, berjumpa dengan doktor ksayangan, doktor Fatimah. Masih cantik, masih mcm 4 tahun lalu je aku tengok. Selepas mengambil tekanan darah, doktor fatimah suruh baring. Belum alat scan menghala ke perot, doktor merasa perot aku dengan tangan dan katenye 'saya rasa kepala baby dah kt bawah'...sambil dia senyum, aku pulak mengucapkan syukur. Dan yang xleh tahan doktor cakap perot aku nmpk BESO...aduhaiii scary. Alhmdulillah, bila scan betul spt yang doktor jangkakan...kepala kt bawah tapi belum engage lagi. Ada kemungkinan akan naik semula, tapi aku mohon dan berdoa moga-moga disaat aku nk bersalin nanti, baby dalam keadaan yang sepatutnya supaya aku boleh brsalin secara normal. Lagi 2minggu appointment seterusnya. Mudah2an diketika itu, keadaan baby dalam kedudukan yang betul iaitu kepala di bawah.

Ya-Allah, permudahkanlah segala urusanku. Semoga aku dapat bersalin secara normal dan dalam keadaan yang menyenangkan dan dipermudahkan.

#dear baby, semoga urusan kita dipermudahkan.

No comments: