Followers

Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

19 November, 2013

Moga Dipermudahkan

Tengok...beso nye perot aku...

Setelah dapat surat perlu refer ke hospital, aku xterus pegi pn. Balik umah mcm xde perasaan je hari tu. Risau dan mula pk yang bukan2. Tapi sebab pk kan bukan diri aku sorang2, maka 14 Nov terus gerakkan badan dan kaki melangkah untuk berjumpa dengan doktor pakar. Hati berbelah bagi nak ke hospital serdang atau ke An-nur, Bangi. Disebabkan pegi check up sorang2....makan pilihan hati terus memandu ke An-nur. Sekurang2nya jumpa doktor pakar dan mgkin akan ada prosedur dan tips yg dia boleh bagitahu. Kali ni tak mengambil masa yang lama untuk sampai turn aku. Pagi tu takda yang nk bersalin kot...hehe. Sampai turn, berjumpa dengan doktor ksayangan, doktor Fatimah. Masih cantik, masih mcm 4 tahun lalu je aku tengok. Selepas mengambil tekanan darah, doktor fatimah suruh baring. Belum alat scan menghala ke perot, doktor merasa perot aku dengan tangan dan katenye 'saya rasa kepala baby dah kt bawah'...sambil dia senyum, aku pulak mengucapkan syukur. Dan yang xleh tahan doktor cakap perot aku nmpk BESO...aduhaiii scary. Alhmdulillah, bila scan betul spt yang doktor jangkakan...kepala kt bawah tapi belum engage lagi. Ada kemungkinan akan naik semula, tapi aku mohon dan berdoa moga-moga disaat aku nk bersalin nanti, baby dalam keadaan yang sepatutnya supaya aku boleh brsalin secara normal. Lagi 2minggu appointment seterusnya. Mudah2an diketika itu, keadaan baby dalam kedudukan yang betul iaitu kepala di bawah.

Ya-Allah, permudahkanlah segala urusanku. Semoga aku dapat bersalin secara normal dan dalam keadaan yang menyenangkan dan dipermudahkan.

#dear baby, semoga urusan kita dipermudahkan.

16 October, 2013

Menjelang Detik Itu

Alhmdulillah syukur, usia kandungan dh hampir ke 32 minggu. Tahap kesihatan ada masa ok, ada masa tidak. Sakit punggung yang terlampau kadang-kadang buat aku xboleh nk tido, xbole nk duduk xbole nk brdiri dengan selesa. Semua pergerakan rasa seperti terbatas skrg ni. Cek up 29 minggu aritu, keadaan baby ok, cuma kedudukan uri berada di bawah. Dengan harapan, uri tu akan naik la supaya aku bole brsalin normal. Skrg juga dh mula rasa krem dibwh bhgian perot. Nak kata contraction, bukan lah kot. Dah 4 tahun lbh xrasa...dah xingat pn mcmana rasa sakit nk bersalin ke, rasa sakit main2 ke. Apapun, semoga aku diberi kesihatan yang baik. Mudah2an aku boleh bersalin secara normal. Mudah2an juga dipermudahkan segala urusan aku.

Dan sebelum menjelangnya detik nak bersalin insya-allah dijangka bulan 12 nanti, aku kepingin nak makan beberapa jenis makanan.
1) Ikan terubuk bakar
2) Kuih keria yang lembut dn panas2
3) Udang galah msk lemak cili api
4) Ikan patin masak tempoyak

Banyak betol permintaan aku kan...hehehe.

09 July, 2013

Secara Umumnya...Ingat Ko Retis ^_^


Lilypie Pregnancy tickers


Syukur alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan bagi aku untuk tahun ini. Sebenarnya x rancang. Aku pun xde kecoh2 bgtahu sume orang. Event aku nk buat entry ni sebenarnya aku baru bagitahu mak aku. Dh masuk 4 bulan pn baru nk bagitau. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku xbgtau sume orang awal-awal. Hari ini, sebelum menjelangnya Ramadhan, aku bagitahu la keadaan aku.

Xde mabuk terlampau. Cuma nk makan, makanan jenis lauk-lauk kampung. Desert dulu-dulu cam sagu gula melaka, bubur jagung, cekodok, kuih apam dll. Uols sume doakan lah sepanjang aku pregnant ni, aku sihat. Xde alahan yang teruk2. Dan tiba masa aku bersalin nanti, doakan juga semoga berjalan dengan lancar dan sempurna.

#kakak dihah eksited nk dpt adik. Tapi ammar siang2 dh ckp 'kite xnak'. Sabau jelah ank2.