Followers

01 April, 2009

Pengakhiran Skrip Lakonan

Apabila sesuatu perkara itu tidak dapat dibendung, maka ianya harus diluahkan.Kadang-kadang untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik, kita kena korbankan perasaan, jiwa dan raga. Dan untuk yang terbaik....kita kena berterus-terang walaupun ianya satu perkara yang sukar untuk kita luahkan. Untuk menilai sang pencinta, bukan sukar dan juga bukan terlalu mudah. Kadang-kadang tipu muslihat dan ketidakjujuran melakonkan watak yang berbeza-beza untuk menutup kesalahan dan perbuatan yang tak masuk di akal. Sandiwara apakah yang kau ciptakan? Rentak apakah yang kau dendangkan? Inikah percaturan hidop, yang sengaja mahukan kemusnahan? Penat, letih, dan terlalu benci untuk melihat semua ini berlegar-legar di sekeliling diri. Namun aku tak pernah serik dan sekali-kali takkan mengalah untuk memiliki dan terus menguasai. Untuk yang sekian kalinya, berubahlah, berubahlah wahai sipemuja. Dan tak lupa untuk yang turut serta melakonkan watak yang terhebat, cukup-cukuplah lakonan engkau disini. Sehebat mana pun engkau, AKU TETAP AKU. Jangan kau cabar dan perlekeh-lekehkan tentang HAK itu.

7 comments:

MRS. K said...

boleh jadi script writer yg hebat nihh!!!

nmmy84 said...

peghhh berabuk ayat ko.bermadah2 pujangga.

Dee said...

kata2 yg membawa maksud tersirat..hanya diri sendiri yg tahu..x gitu?

paij188 said...

adik2 akak ni kan... pandai tul berbahasa berpujangga.. akak mmg fail la bab tu..! hahahahah!

@_da said...

Sabar ye ja.. moga si pemuja akan brhenti dr lakonanya 1 hari nanti...

:)
rindu kat haja....

fealize_eleanoer said...

nape ni dik?

^arween^ said...

babe
nape nie
chill k?