Followers

02 November, 2009

Panduan Pemakanan Bayi I

Oleh kerana aku dh start bg ammar mkn makanan pejal...makanya aku mng'google' la segala mcm web nk dptkan panduan tuk diri aku sndiri. Jangan konpius eh, walaupun anak dh 2, tapi paham2 jelah madihah dulu mak aku yang jaga...jadi bab mnyediakan makanan tuk dia, mak aku yang buat...aku akn sediakan bile time aku blk tp2 mggu aje. So, ank yg kedua ni dah mcm gase baru dapat ank lak bg aku...sume nk belajo balik...ape pun aku enjoy. Ammar skang dh pndai tgk org mkn..dan dia memandang org dok mnyuap makanan mcm dia pun beria2 nk mkn sama...sian dia kan...aku skang just bg dia nasi yang dh masak aku blender, nestum beras merah n biskut farley's..ni aku jumpa kt beberapa web. Boleh aku share bersama ngn kwn2 yg lain...

Peringkat 1 (5-7 bulan)


• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).


• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.


• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).



2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Nanti dh masok peringkat ke 2, aku tambah lg. Now ammar bru je masok 5bln kan..tggu ye ibu2 sekalian...;)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
7. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
8. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
9. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
10. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

4 comments:

@e_da said...

thanx berkongsi info ja.. sgt berguna bila nak start bg mika makan nanti lg 2-3 bulan akan dtg...

RuZiE said...

mmg panduan bguna untuk akak juga!

Love Says it All~ said...

heyY jom join makeup class 7/11 di KL & 22/11 di K.tRGNU. sms 0162128740 to reg skrg!!!!!!!

HTTP://WWW.EYRARIZAL.COM

cik gObu said...

wahh gud info lah babe