Followers

17 November, 2009

Panduan Pemakanan Bayi II

Memandangkan Ammar dah nak masok 6bulan pada 26hb ni, makanya aku dh siap2 praktis dia bg mkn bubur dan beberapa puree yg sedap skali. Aku buat sndiri untuk stok smggu dia di umah pengasuh. Setakat ni aku buatkan bubur nasi yang aku blend smpai hancur cmpur kan dengan puree epal+pear. Kadang2 Brselang dengan bubur nasi yang di blend dgn ikan bilis goreng yg dh diblend smpai jd serbuk....puree carrot xbape jln untuk ammar...dia mcm xmenangkap...sesuap dua aje dia layan. Meh aku nk kongsi skit cara2 pnyediaan bubur n puree.
Bubur nasi

Aku jumpa dlm blog nuruldhia, dia masak bubur xsmpai stgh jam...ada cara gupenya.
Memula basuh beras bersih2, sampai warna air xkeruh.Tuk kasi bubur tahan lama, mmg kena basuh beras bersih2.Kendian toskn beras tuh.
Masukkan beras dlm mesin kisar kering dan kisar sampai hancur lebur.Jd cam tepung beras. Then masokkan beras yg dikisar tu dlm periuk, masokkan air...dan masak mcm biasa...kacau bubur untuk elakkan jd brketul...bole tmbah air klau nmpk buburnya trlalu likat...terpulang pd ibu2 nk pekat atau cair....
dah siap masak, biarkan bubur suam2 then bole tuang ke dalam mgkuk kecik2(bekas dadih) untuk dibekukan. Simpan terus dlm keadaan suam2 tu ke dlm fridge supaya tahan lbh lama.

Puree Epal+Pear


2 biji apple dan 2 biji pear dibuang kulit luar.
Dihiris nipis (supaya cepat empuk).
Basuh bersih2 dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan air pastu blend hingga hancur.
Tambahkn sikit air jika perlu.
Kendian, simpan dalam bekas kecik2 tuk sekali makan dan bekukan.Tahan 2 minggu.

Puree Carrot

4 btg Carrot muda/ 1 bungkus baby carrot dibuang kulit luar.
Dihiris nipis (supaya cepat empuk).
Basuh bersih2 dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan air pastu blend hingga hancur.
Tambahkn sikit air jika perlu.
Kendian, simpan dalam bekas kecik2 tuk sekali makan dan bekukan.Tahan 2 minggu.

Puree Labu

1/2 biji labu dibuang kulit luar dan biji nye.
Dihiris nipis (supaya cepat empuk).
Basuh bersih2 dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan air pastu blend hingga hancur.
Tambahkn sikit air jika perlu.
Kendian, simpan dalam bekas kecik2 tuk sekali makan dan bekukan.Tahan 2 minggu.

Ikan bilis
Ikan bilis dibuang kepala, najis dan tulang.
Basuh bersih dan goreng dengan minyak sikit jek.Goreng sampai garing.
Kisar ikan bilis sampai jadi serbuk halus.Campur dlm bubur sikit bile mau makan.

Puree ayam dan ikan
Ayam diambil bahagian dada, stim atau rebus, dan kisar hingga halus (tambah skit air masa kisar tuh)
Ikan merah, stim atau rebus empuk, kisar isi ikan sampai hancur.

Contoh cadangan campuran bubur + puree:
Jadinya bila ibu2 nk bg ank2 makan, amik satu bekas bubur + satu bekas puree epal+pear dicampur skali dlm satu bekas...tp sebelum tu panaskan lah dulu bubur n puree tu dgn warmer/microwave. Mcm aku, aku siap2 panaskan kt umah sblm hantar ke umah pengasuh.
Boleh gak bubur nasi+puree carrot+serbuk ikn bilis, puree buah apple + pear + yogurt, Bubur nasi + puree pumpkin + puree carrot + ayam/ ikan bilis kisar
Pesanan Nuruldhia
Masak makanan anak xla susah, ibu2 bole buat tapi kena kreatif la kan.Secara logik takkan kite nak masak hari2 bubur tuh, sedangkan bukan byk pun anak mkn.So, guna kan kreativiti tuk wat home made food nih.

6 comments:

Dee said...

good info ni haja..thx for sharing..

Mawaddah said...

wah ini bukan takat ammar..aku pun selera makan cam ni.hehe.kreatip betul makanan baby skrg kan.dolu....takde cenggini.bagus2

Mek Rose said...

tenggs haja..
kongsi2 maklumat..nnti kita nak buat gk la..
semangat berkobar2 ni..:-)

@e_da said...

thanx again haja.. sgt berguna untuk mika nanti.. mama mika pun berselera nengok puree labu tu.. hehehehhe

@e_da said...

thanx again haja.. sgt berguna untuk mika nanti.. mama mika pun berselera nengok puree labu tu.. hehehehhe

eLLy said...

wow very good info..
walaupun eLLy belum ada anak.. tapi pasti eLLy akan sebarkan info nie..

insyallah klu ade rezeki giliran eLLy pulak kan ;)