Followers

16 July, 2013

Nasi Ayam + Ayam Masak Ungkep

Semalam, juadah berbuka puasa untuk kami sekeluarga, ialah nasi ayam dan ayam masak ungkep. Jalan-jalan ke satu blog ke satu blog, akhirnya terpukau dengan resepi dari blog Amie's Little Kitchen . Sangat teruja dan rasanya semua bahan-bahan ada di rumah. Meh sy sharekan sekali lagi resepinya. Bagi mereka yang tak tahu nk masak apa untuk berbuka bolehlah ke blog Kak Amie untuk cari ilham. Thanks kak mie, share resepi yang sgt sedap ni. Saya mohon untuk share disini.

Ini versi kak Amie, rupa pun dh memikat qolbu


Resepi : Nasi Ayam 
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.

Resepi : Ayam Ungkep (Masakan tradisi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor)
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 helai daun salam - saja Amie tambah, sebenarnya orang kampung kami tak gunakan daun salam

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
sejemput ketumbar biji
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi 

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai ( dan daun salam) dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Kali ini Amie tambahkan 4 biji telur rebus dalam masakan Ayam Ungkep. Amie masukkan telur rebus di pertengahan proses mengungkep ketika kuah sedang mendidih untuk menjadi pekat. 



Dan yang ni, versi masakan aku semalam. Serius, sedap sangat. Dan percubaan pertama ini telah mendapat pujian dari suami dan anak-anak buah. Terima kasih la sangat.






2 comments:

JaSSNaNi said...

semalam kuarkan ayam.. tak tau nak wat masak apa.. sekali jadi sambal je.. nanti leh try ungkep ni pulak.. nampak sedap.. :D

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com