Followers

16 October, 2013

Menjelang Detik Itu

Alhmdulillah syukur, usia kandungan dh hampir ke 32 minggu. Tahap kesihatan ada masa ok, ada masa tidak. Sakit punggung yang terlampau kadang-kadang buat aku xboleh nk tido, xbole nk duduk xbole nk brdiri dengan selesa. Semua pergerakan rasa seperti terbatas skrg ni. Cek up 29 minggu aritu, keadaan baby ok, cuma kedudukan uri berada di bawah. Dengan harapan, uri tu akan naik la supaya aku bole brsalin normal. Skrg juga dh mula rasa krem dibwh bhgian perot. Nak kata contraction, bukan lah kot. Dah 4 tahun lbh xrasa...dah xingat pn mcmana rasa sakit nk bersalin ke, rasa sakit main2 ke. Apapun, semoga aku diberi kesihatan yang baik. Mudah2an aku boleh bersalin secara normal. Mudah2an juga dipermudahkan segala urusan aku.

Dan sebelum menjelangnya detik nak bersalin insya-allah dijangka bulan 12 nanti, aku kepingin nak makan beberapa jenis makanan.
1) Ikan terubuk bakar
2) Kuih keria yang lembut dn panas2
3) Udang galah msk lemak cili api
4) Ikan patin masak tempoyak

Banyak betol permintaan aku kan...hehehe.

04 September, 2013

6 Month Already

Syukur alhamdulillah usia kandungan dh masuk 6 bulan. Check up semalam result untuk bulan lps xmemuaskn hati. HB rendah skit, then result lps minum air gula pn mengecewakan. Diparas berjaga n doktor minta aku kawal pemakanan. Ayooo...scary sgt. Pesen makan minum xbrjaga mcm ni la..bru nk nyesal kan. Next month repeat lg minum air gula. Semalam repeat lg amik darah...arap2 dh xyah amik darah darah lg...scary psl urat xnmpk.huhuhu. Perkembangan baby setakat ni ok. Jantina pun dh boleh agak ikut firasat dihati ^_^. Yang penting bby sihat n sempurna. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Doktor dh suruh decide nak bersalin kt mana. Kalau xde ape2 masalah, kali ni aku pilih bersalin di spital gomen sahaja.

Next check up 1/10/2013.




16 August, 2013

Jalan-Jalan Raya

Raya ke empat turn kiteorg plak berjalan raya umah sedara mara. Satu hari umah katup. Dr pagi smpi malam beraya. Sebenarnya ada lagi umah sedara mara yang xsempat diziarah. Ada kelapangan dan keizinan ini ajelah yang termampu. Setapak, Kota Kemuning, Putrajaya dan last destinasi Seremban.





15 August, 2013

Suasana Hari Raya 2013

Alhamdulillah, sekali lagi dapat merasai kehadiran syawal bersama keluarga tersayang. Dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Dapat duit raya dari bos,dan suami dapat makan macam-macam. Duit raya anak-anak pun dh selamat aku masukkan ke buku simpanan masing-masing. Jom layan gambar, malas nk citer panjang.





01 August, 2013

Ayam Panggang Paling Sedap Juicy dan Mudah

Minggu-minggu terakhir ramadhan, menu simple dan kalau bole sejenis lauk je. Tu pun dh cukup. Kali ni nak berkongsi lagi satu resepi ayam panggang yang mudah dimasak, lembut dan juicy. Sesuai di makan begitu shj, makan dengan nasi atau makan dengan roti.

Ayam panggang di makan bersama roti nan cheese


Bahan :

1 ekor ayam - sederhana besar

Bahan Kisar:

Cili merah - 2 biji
Bawang besar - 2 biji 
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 2 inci
Ketumbar - 1 sudu
Jintan manis - 1 sudu
Jintan putih - 1 sudu

Bahan sampingan :

Daun pandan
Serai - 2 batang (di ketuk)
Cili padi - 5-10 tangkai (di tumbuk kasar)
Asam keping - 1 keping
Gula melaka - 2,3 sudu
Santan - 1 peket
Garam
Perasa


Cara-cara :

1 ekor ayam di belah empat (4) cuci bersih dan toskan airnya. Kisar kesemua bahan kisar hingga lumat dan betul-betul halus. Panaskan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar dan masukkn daun pandan serta serai yang telah diketuk, masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan ayam yang telah di kerat 4. Masak sehingga ayam empuk atau lebih kurang 20-25 minit. Masukkan cili padi dan asam keping. Setelah ayam empuk, masukkan santan kacau hingga sebati. Masukkan garam, gula melaka dan perasa jika suka. Kacau lagi hingga ramuan sebati. 

Ayam diletakkan diatas dulang pemanggang beserta kuah
Panaskan oven pada suhu 180c. Letakkan ayam di atas dulang pemanggang dan curahkan sedikit kuah yang di masak td. Panggang ayam selama 30 minit atau ikut citarasa garing yang disukai. Setelah masak, ayam boleh di potong kecil dan curahkan lebihan kuah keatas ayam.

*masak menggunakan gula melaka lagi sedap drpd menggunakan gula pasir. Manis nya x sama. Ayam panggang ni ada 3 rasa. Manis, masin, masam2 skit saje.