


Happy 3rd Anniversary buat aku dan juga chintahatiku Shafie. Semoga kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Aku sentiasa berdoa, dan akan terus berdoa untuk keberkatan hidop kita ini bersama dengan anak-anak. Walaupun dugaan dan rintangan sentiasa terjadi, namun itu adalah lumrah kehidupan yang azali. Aku akan sentiasa berada disisimu sama ada suka,duka, susah, senang, derita, dan bahagia. Aku juga mahu, kau menerima kelemahan, keburukan dan kekurangan diri aku seperti mana aku menerima dirimu sepenuh hatiku tanpa mengira cacat mahupun sempurnanya keadaan fizikalmu. Segala-galanya akan ku korbankan untuk pastikan kau sentiasa dalam keadaan yang mengembirakan.
Wahai chintahatiku, sejak 11 tahun yang lalu hingga ke saat ini, aku sentiasa mencintai dan menyayangi dirimu sepenuh hatiku. Dan biarlah hingga nafasku yg terakhir pun, aku tetap cinta dan kasih padamu. Sebahagian kehidupan aku, adalah kenangan bersama mu. Kehadiran anak-anak bukti cinta, kasih dan sayang antara kita. Semoga kita sekeluarga dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.










